Lelaki berusia 39 tahun ditahan selepas dipercayai mendera anak lelakinya berusia tiga tahun di sebuah kediaman di Bukit Payung, Marang. Sumber berkata, penahanan itu dibuat sebaik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima aduan berhubung kes pengabaian dan penderaan terhadap mangsa jam 1 tengah hari, semalam.
Memetik Harian Metro, tiga pegawai yang datang untuk melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan terpaksa menunggu hampir setengah jam kerana suspek enggan membuka pintu. “Hasil pemeriksaan, terdapat seorang kanak-kanak sedang duduk di atas tilam dengan keadaan mulutnya bengkak selain lebam muka. “Kanak-kanak itu dibawa ke Pejabat JKM untuk tindakan lanjut dan satu laporan dibuat di Balai Polis Bukit Payung di sini 1.45 tengah hari hari sama,” katanya. Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Amran @ Muhammad Zaki Omar mengesahkan suspek direman lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. - CARI
|
fliphair8 replied at 26-9-2019 04:44 PM
ngape ngan jantan negeri ni? sakitnyaaa otak aku baca...
ADVERTISEMENT