CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sejak Bila Pula Nasi Lemak Berasal Dari Myanmar?

27-9-2019 10:45 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 9009| Komen: 48|Original author: Oleh: Tukang Tulis

96 Cafe di Yangon, Myanmar mendakwa nasi lemak adalah hidangan kebangsaan negara itu.

Kredit foto: Facebook, Wikipedia & Myanmore

Sebuah restoran di Myanmar seolah-olah cuba mencetuskan kontroversi apabila mendakwa nasi lemak dianggap sebagai hidangan kebangsaan di negara itu.

Dakwaan itu dibuat dalam iklan nasi lemak yang dijual oleh 96 Cafe di Yangon, Myanmar yang tular dalam media sosial, baru-baru ini.


Nasi lemak ayam goreng di 96 Cafe.
Kredit foto: Myanmore

Merujuk kepada keterangan dalam iklan tersebut, restoran berkenaan mendakwa nasi lemak sebagai "hidangan nasi harum etnik Shan yang dimasak bersama santan dan daun pandan."


"Ia biasa ditemukan di 96 Cafe, di mana ia dianggap sebagai hidangan kebangsaan. Ia juga popular di negara-negara jiran seperti Singapura, Malaysia dan Thailand," papar iklan itu.

Berdasarkan maklumat dalam portal Myanmore, 96 Cafe menyediakan menu yang berasal dari Malaysia dan Singapura.


Maklumat tentang 96 Cafe
Kredit foto: Myanmore

Walau bagaimanapun, satu artikel di Wikipedia menyatakan bahawa nasi lemak merupakan makanan tradisi orang Melayu di Malaysia.

Malah, orientalis Inggeris, Sir Richard O. Winstedt pernah menulis tentang nasi lemak di Tanah Melayu dalam bukunya yang bertajuk 'The Circumstances of Malay Life" pada 1909.


Asal-usul nasi lemak
Kredit foto: Wikipedia

Apa pula kata netizen di Malaysia? Sudah tentu mereka mempersoalkan kesahihan dakwaan yang dibuat 96 Cafe itu.


Reaksi netizen Malaysia
Kredit foto: Facebook

Jika pemilik 96 Cafe masih bertegas ingin mempertahankan dakwaannya, dia bakal terjebak dalam kancah perebutan antara Malaysia dan Singapura yang menganggap nasi lemak adalah hidangan kebangsaan masing-masing. - CARI

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 27-9-2019 11:02 AM
Claim Rohingya mmg asal myanmar ade gak faedah..
Quote insulin 27-9-2019 11:31 AM
Rasanya makanan yang berasaskan kucing je yang sememangnya berasal dari Vietnam...
Quote kucingitam 27-9-2019 11:35 AM
ni nak cari gaduh dgn indon ke ni?
Quote ais_kosong 27-9-2019 11:44 AM
insulin replied at 27-9-2019 11:31 AM
Rasanya makanan yang berasaskan kucing je yang sememangnya berasal dari Vietnam...

Hat ni betui. Nak boh makanan kebangsaan pun xpa
Quote Cpkay 27-9-2019 11:57 AM
insulin replied at 27-9-2019 11:31 AM
Rasanya makanan yang berasaskan kucing je yang sememangnya berasal dari Vietnam...

dont forget . anjing juga ya..
yuksss
Quote chicozinn 27-9-2019 12:15 PM
Boomibulat replied at 27-9-2019 11:02 AM
Claim Rohingya mmg asal myanmar ade gak faedah..

hat yang ni depa taknak claim lak..hmmmmm
Quote Boomibulat 27-9-2019 12:19 PM
insulin replied at 27-9-2019 11:31 AM
Rasanya makanan yang berasaskan kucing je yang sememangnya berasal dari Vietnam...


Yg claim bkn vietnam..tp myanmar
Quote pokaibanktokyo 27-9-2019 12:30 PM
Sejak ayam myanmar pulang dari malaysia
Quote Artemesiaa 27-9-2019 12:34 PM
Belajar masak resepinya dari Malaysia gigih nak claim dari sana memalukan
Quote LadyCarefree 27-9-2019 12:51 PM
Wiki tu sesiapa pun boleh edit. Bukannya fakta mati
Quote pakderis 27-9-2019 01:21 PM
udah ngelaim nasi lemak pulak
Quote crazybeach 27-9-2019 01:28 PM
national dish myanmar jadah nya. guna term nasi lemak pun dalam bahasa melayu
Quote dramaking007 27-9-2019 01:57 PM
insulin: Rasanya makanan yang berasaskan kucing je yang sememangnya berasal dari Vietnam...


hahahah..khaaaaan.   {:thief
Quote Perawankota 27-9-2019 02:18 PM
Apa2 lah korg oit.. Semua nak claim
Quote papadomku 27-9-2019 02:34 PM
omg. Semua la nak claim nasik lemak makanan berasa dari negara deyols
Quote Meiizu 27-9-2019 02:43 PM
singapore,  indonesia..taknak join marah sekali?
Quote Ina8895 27-9-2019 03:43 PM
Myanmar busuk
Quote Pink_Purple 27-9-2019 04:36 PM
mynmar dah belajar dari indon..semua claim dia punya
Quote duri_durians 27-9-2019 04:55 PM
lantak korang lah nak claim.. aku nak makan je

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.074966 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top