CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Badul Tak Puas Hati, Minta Inkues Siasat Punca Kematian Mejar Zahir

27-9-2019 12:34 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 19254| Komen: 89|Original author: Tukang Tulis

AR Badul menggesa inkues dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian anaknya, Allahyarham Mejar Mohd. Zahir Armaya (gambar kecil). Kredit foto: Facebook mStar Online


Pelawak dan pelakon veteran, AR Badul tidak berpuas hati dengan keputusan lembaga siasatan Tentera Darat Malaysia (TDM) berhubung kematian anaknya, Allahyarham Mejar Mohd. Zahir Armaya yang diklasifikasikan sebagai kemalangan dalam latihan.

Memetik laporan BH Online pada 26 September, Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie menggesa inkues dilakukan bagi mengenal pasti punca insiden di mana anaknya meninggal dunia.

Dalam kejadian itu, Mohd. Zahir meninggal dunia akibat tertembak ketika melaksanakan latihan keupayaan dalam acara pelancaran Divisyen Kelima Infantri dan Briged Ke-13 Infantri di Kem Lok Kawi, Sabah pada 4 September lalu.


"Saya serta keluarga rasa tidak puas hati dan kecewa dengan keputusan yang dikeluarkan TDM dan mahukan penjelasan yang jelas mengenai punca kematiannya.

"Kalau boleh saya mahukan inkues, seperti yang dijalankan terhadap kes anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim," katanya.

Badul menjelaskan bahawa beliau tidak menuduh mana-mana pihak namun berpandangan, keluarga Allahyarham berhak menerima maklumat tentang punca sebenar kejadian tersebut.

Mohd. Zahir bersama seorang rakannya. Kredit foto: Carian Google

Terdahulu, TDM dalam satu kenyataan melalui laman Facebook rasminya menjelaskan, lembaga siasatan mengklasifikasikan insiden berkenaan sebagai kejadian terpencil dan kemalangan dalam latihan.

Lembaga siasatan turut mendapati peralatan dan senjata yang digunakan semasa latihan keupayaan tersebut dalam keadaan baik.

"TDM akan mengambil tindakan tatatertib yang sewajarnya terhadap individu yang terlibat, sementara standard operating procedure (SOP) dikemas kini jika perlu," jelas kenyataan itu.

Selain itu, TDM telah menyokong kenaikan pangkat Mohd. Zahir kepada Leftenan Kolonel dan akan terus menyalurkan bantuan serta faedah yang sewajarnya mengikut kelayakan dalam perkhidmatan.

Kredit foto: Facebook TDM

Diharap perkara ini dapat diselesaikan secara baik antara keluarga Allahyarham dan TDM agar mereka dapat mengetahui punca sebenar kejadian. - CARI
3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Atata 27-9-2019 12:36 PM
Wau TDM bagusnya perangaiiii
Quote aemon 27-9-2019 01:03 PM
Kalau aku pun tak puas hati juga...macam mana boleh guna peluru betul masa dalam latihan?
Quote lotionmilo 27-9-2019 01:07 PM
Setuju!!!      
Quote Tudungpink 27-9-2019 01:13 PM
Aku pun xpuas hati..xkan xtau jenis pistol yg sesuai jarak dekat ..kata penembak professional ...senang jer bg jawapan..
Quote pumpkingirl 27-9-2019 01:13 PM
Peralatan dan senjata ok..
Human error..tak cekap menembak sampai tersasar.
Quote matchstick 27-9-2019 01:16 PM
kalau kena kt family aku pun aku x puas hati dgn report 1 page tu..
Quote dramaking007 27-9-2019 01:43 PM
pumpkingirl: Peralatan dan senjata ok..Human error..tak cekap menembak sampai tersasar.


ada yg ckp yg tembak tu mmg pro penembak tepat.....wkt latihan tu kiranya patut da blh agak nak tepat tak kena ke idok.tp bila fikir da smpai wkt kan.....tapi tetap sbg family ade rs terkilan kat situ.tringat anak dia tanya kenapa dorg bunuh papa.i sekali lagi teringat dialog dlm filem paskal yg hairil ckp masuk paskal sebab sy nak tau kenapa ayah saya mati,tuan....oh so touch.  {:cryrun2
Quote pumpkingirl 27-9-2019 01:51 PM
dramaking007 replied at 27-9-2019 01:43 PM
ada yg ckp yg tembak tu mmg pro penembak tepat.....wkt latihan tu kiranya patut da blh agak nak  ...

Yg tersasar ni ada ig..
Bio heols..
If u win,u not hv to explain..
If u lose, u should not be there to explain..

Memang kena sgt dgn kes dia ni..
Sbb dlm kes ni dia la win..
N arwah kalah..
Quote dramaking007 27-9-2019 01:56 PM
pumpkingirl replied at 27-9-2019 01:51 PM
Yg tersasar ni ada ig..
Bio heols..
If u win,u not hv to explain..

huaaaa betoi ka u
...acane u blh tau ig dia.dr aritu i cari siapa nama penembaknya xde sorg makhluk yg mention....i nak tau nama ig dia blh ka....
Quote Perawankota 27-9-2019 02:12 PM
Semoga KEBENARAN akan terbukti
Quote nanies 27-9-2019 02:14 PM
kalo betul ada kes aniaya, kena siasat la
Quote Meiizu 27-9-2019 02:32 PM
aku pun tak puas ati,...ada tentera leh explain kenapa pakai peluru hidup?? sia-sia nyawa orang tau dak?
baik tembak orang jahat
Quote paanz 27-9-2019 02:34 PM
Meiizu replied at 27-9-2019 02:32 PM
aku pun tak puas ati,...ada tentera leh explain kenapa pakai peluru hidup?? sia-sia nyawa orang tau  ...

xsilap dieorang ada bagi taw, apa2 laithan pn dieorang buat, memang pakai peluru hidup.
Quote nadihazza 27-9-2019 02:36 PM
iolss punya kawan laki dia askar..mmg sop dorang even latihan pon pakai peluru hidop.lagi2 komando..barisan yg paling depan sekali..x de pakai peluru kapor ..smuanya betul..
Quote talia 27-9-2019 03:33 PM
I sokong pak badul, family berhak tau
Quote Ina8895 27-9-2019 03:44 PM
Sekurang2nya family patut tahu apa yang berlaku. Mungkin maklumat tu sulit tapi mintaklah family sign agreement tak bocorkan.
Quote BlueRose99 27-9-2019 03:47 PM
pumpkingirl replied at 27-9-2019 01:13 PM
Peralatan dan senjata ok..
Human error..tak cekap menembak sampai tersasar.

Yup! Betul. Sharp shooter tak terror!
Quote BlueRose99 27-9-2019 03:50 PM
dramaking007 replied at 27-9-2019 01:43 PM
ada yg ckp yg tembak tu mmg pro penembak tepat.....wkt latihan tu kiranya patut da blh agak nak  ...

Kalau btul sharp shooter tu memang pro penembak tepat.. memang kes niaya la tu! Eh!
Quote zulka 27-9-2019 04:16 PM
aku sebagai ex army tak pertikaikan kenapa pakai peluru hidup...dah nama pun menguji baju kalis peluru kena la pakai peluru betul, lagipun ada masa2 nya dlm latihan sebenar memang kena pakai peluru hidup...
yg aku pertikaikan anggota tentera yg terlibat dlm pertunjukan tu, dorang dah tau arwah tu terkena tembakan, kenapa tak minta bantuan segera?kenapa teruskan juga pertunjukan tu sampai habis? siap seret keluar padang, pastu siap penonton tepuk tangan lagi.... setahu aku, dlm skrip tu takdepun lakonan pura2 mati, sepatutnya selepas ditembak, arwah tu bangun balik...  

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.045131 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top