Nazim Othman akui dia tidak terdesak untuk mencari pengganti suri hatinya walaupun pintu hati pernah tertutup suatu ketika dahulu. "Saya memilih untuk menghadapinya dengan pergi bercuti supaya dapat keluar daripada situasi tersebut. "Untuk pulih sepenuhnya memang mengambil masa agak lama kerana ia bergerak secara perlahan-lahan, namun sekarang saya lebih bersikap terbuka," katanya kepada Gempak. Berkongsi mengenai ciri wanita idamannya, Nushrul Alif Othman, 35, menjelaskan dia tidak terlalu berharap kerana sedar diri banyak kekurangan. "Saya tidak boleh menetapkan ciri-ciri bakal isteri yang diingini kerana saya sedar diri sendiri banyak kekurangan. "Saya cuma boleh berharap wanita tersebut akan menerima saya seadanya," ujarnya. Tambah pelakon itu, dia percaya dengan ketentuan Allah dan masanya pasti tiba jika ada jodoh. "Saya tidak terkejar-kejar dalam mencari pengganti," katanya lagi.
|
Ritacomels replied at 27-9-2019 02:12 PM
X kesah la.. Yg aku pelik byk nau duit dia, sampai tetiap minggu holiday, nk ckp byk job.. X jgk seb ...
mesmerize replied at 27-9-2019 04:34 PM
ha'aa sis dia bercuti kerap setahun berkali2, kat tempat mahal2, duk kat hotel/resort mahal2 plak ...
mesmerize replied at 27-9-2019 04:34 PM
ha'aa sis dia bercuti kerap setahun berkali2, kat tempat mahal2, duk kat hotel/resort mahal2 plak ...
ADVERTISEMENT