Seorang lelaki yang dikecam netizen kerana mengutuk paras rupa bakal tunangnya kini dipertahankan oleh gadis itu. Lelaki itu yang dikenali sebagai Huzairie, 23, sebelum ini menceritakan kisah cinta mereka di Twitter, bagaimanapun netizen merasakan pujian yang ditujukan kepada kekasihnya itu mengandungi unsur kejian.
'Dulu dia hitam, tak lawa dan agak selekeh, kini bakal jadi tunanganku dalam 30 hari lagi' demikian antara kata-kata Huzairie terdahulu. Thread itu kemudiannya hangat dengan kecaman netizen kerana beranggapan kata-kata yang digunakan oleh beliau biadap. Susulan itu, kini kekasih Huzairie yang bernama Nurshamira Shahmimi, 20 atau Mira pula tampil mempertahankan bakal tunangannya.
Memberitahu MStar, Mira menafikan dia menggunakan produk pemutihan kulit, apalagi suntikan atau produk timbang kilo. 'Mungkin kesan pencahayaan pada gambar itu membuatkan saya kelihatan putih melepak' katanya. 'Saya hanya mengamalkan pemakaian losyen dank krim sunblock sebelum keluar dari rumah, juga kerap cuci muka dan banyak minum air masak' katanya lagi. Mira juga menambah beliau kini gemar bersolek selepas mengambil kelas mekap dan mengurangkan makanan manis sehingga beratnya turun dari 50 kg ke 44 kg sahaja. Berkaitan thread bakal tuanngannya di Twitter yang dikatakan berunsur 'kejian dalam pujian', Mira berkata dia tak ambil hati. 'Saya tak ambil hati, dia tak salah pun, dia cuma jelaskan perbezaan wajah saya kini dengan dahulu' katanya. 'Netizen tak faham, mulut orang memang susah nak tutup' katanya lagi. Mempertahankan kekasihnya, Mira berkata memang dia crush nya dari dulu dan sering stalk Instagram lelaki itu dalam diam. 'Saya juga hantar banyak mesej di InstaStory tetapi sering tidak dilayan pada mulanya, bila dia nampak kesungguhan saya barulah dia terima' terang Mira lagi. 'Susah nak dapat lelaki macam dia yang terima saya seadanya' tambahnya menutup perbualan. Mungkin netizen agak susah menerima penjelasan ini kerana fakta yang agak bercanggah dengan kenyataan gadis itu tetapi didoakan agar pasangan ini kekal sehingga ke anak cucu. - CARI |
MissLana replied at 30-9-2019 12:00 PM
jantan nya muka suneo kah?
natrahn replied at 30-9-2019 12:04 PM
ada iras sikit... suneo dewasa..
erm..gigih awek ni ngorat laki tu..patut la laki tu ambil ...
miszclassique replied at 30-9-2019 11:08 AM
Tengok gaya mcm budak jenis kelas belakang...rempit
iznanaziz replied at 30-9-2019 12:24 PM
ko ni lahai..
knp ko ckp mcm tu?
cer explain
ADVERTISEMENT