Penyanyi dan pelakon yang semakin terkenal dalam industri hiburan Naim Daniel didakwa bersikap sombong dan biadap kerana menolak tawaran menyertai program realiti terbitan sebuah stesen televisyen tempatan. Malah Naim dilaporkan telah digam oleh stesen televisyen tersebut gara-gara tindakannya itu. Terkejut dengan dakwaan berkenaan, Naim berkata dia memang menolak tawaran terbabit, namun ia dilakukan tanpa menyinggung perasaan sesiapa.
“Setakat ini, saya tidak pernah berdepan sebarang masalah dengan mana-mana stesen penyiaran. Isu kena gam itu juga tidak benar sama sekali. Ia hanya khabar angin. Seboleh mungkin, saya cuba menjalinkan hubungan baik dengan semua pihak." ujarnya memetik laporan dari Berita Harian. Naim turut memaklumkan beliau tidak dapat menyertai program tersebut kerana jadual kerja yang padat. Walaubagaimanapun, penyanyi yang popular dengan lagu Sumpah itu berkata, dia tidak berasa hati dengan tuduhan sedemikian. “Biasalah, gosip sebegini menjadi mainan anak seni dan saya lebih suka apabila ada yang bertanyakan kepada saya sendiri, sama ada cerita itu sahih ataupun sebaliknya,” tegasnya. Terdahulu, Naim baru saja mengeluarkan single terbarunya, Adakah Engkau Menungguku, yang menyaksikannya berkolaborasi dengan artis rap, Tuju. Lagu bergenre pop itu adalah hasil ciptaan Adib Hamdi dan Naim sendiri. Begitulah asam garam kehidupan sebagai artis. Bila semakin lama dalam industri hiburan, memang akan ada saja pelbagai cerita yang akan keluar samada yang baik atau sebaliknya.
Apapun selamat maju jaya Naim. - CARI |
unguaurora replied at 29-9-2019 09:52 AM
Byk juga ye thread psl heols.
supernaturalee replied at 29-9-2019 09:54 AM
Rengsa eh?
Sabor2
Tgh up gitu lah
unguaurora: Byk juga ye thread psl heols.
epuepy replied at 29-9-2019 02:55 PM
I just nk komen 1 je. Tajuk lagu baru dia dh mcm tjuk drama dh.
Biasa org buat tajuk lagu ni sim ...
ADVERTISEMENT