Siapa yang tidak terkejut selepas skrin sebuah butik menayangkan filem porno. Malah, difahamkan butik barangan sukan di Auckland, New Zealand itu menayangkan filem lucah itu selama beberapa jam.
Dikatakan filem lucah itu terpasang di skrin yang terletak di atas pintu masuk butik Asics selama beberapa jam sehinggalah kakitangannya tiba untuk memulakan perniagaan pada jam 10 pagi Ahad. Susulan itu, syarikat yang berasal dari jepun itu memohon maaf dan menjelaskan ia terjadi akibat penggodam yang menceroboh sistem perkhidmatannya. "Kami ingin memohon maaf kepada semua yang telah menontonnya (filem lucah)," kata syarikat itu.
Media tempatan ada melaporkan, filem lucah itu diatangkan hampir sembilan jam serta 'menarik' orang ramai berhenti untuk menontonnya. - CARI
|
ADVERTISEMENT