Selalunya memang fitrah adik-beradik untuk bergaduh dan berasam muka. Benda kecil pasti nak dijadikan hal besar. Bukan tak sayang tapi seronok kalau dapat mengusik macam itu.
Tapi lain pula dengan sepasang adik-beradik ini kerana abangnya telah muat naik sebuah video di laman Twitternya di mana dia menunjukkan perjalanan 'dating'nya bersama adik kembarnya. Dapat dilihat yang mereka keluar bersama berjalan di pusat membeli-belah dan turut makan bersama, siap main suap-suap lagi! Tak lupa juga untuk menitipkan pesanan supaya adik kembarnya itu belajar elok-elok!
Rata-rata netizen juga ada yang melahirkan rasa cemburu kerana tidak mempunyai hubungan yang baik dengan abang mereka dan ada juga kerana tidak mempunyai abang langsung. Pun begitu, ada netizen yang menyelar video ini kerana kapsyen yang ditulis serta muzik latar belakang yang digunakan agak romantik dan boleh menimbulkan fitnah. |
riyadhK replied at 1-10-2019 12:32 PM
Nanti la I bgtau jiran I.
Perawankota: Apa2 lah.. Janji x der kes sumbang mahram sudah...
ADVERTISEMENT