Jika sebelum ini air mata Noor Nabila gugur gara-gara tuntutan cerainya di tolak, terkini Sharnaaz Ahmad dilaporkan telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap Noor Nabila di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bintang filem Juvana itu telah diwakili oleh peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader. Sharnaaz memaklumkan pada media tujuannya berbuat demikian adalah untuk memperbetulkan keadaan serta spekulasi yang hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangganya.
"Apa yang saya lakukan ini hanya ada satu sebab sahaja iaitu untuk kita sama-sama selesaikan benda ini dengan cara yang paling baik. "Kalau nak gaduh, apa pun kita tak dapat sekarang ini. Yang paling penting adalah untuk kebaikan bersama," kata Sharnaaz dipetik dari Harian Metro. Permohonan tersebut telah disahkan diterima oleh peguam Noor Nabila pada 22 September lalu dan sebutan semula kes nusyuz bagi hasil laporan jawatankuasa pendamai juga telah ditetapkan oleh mahkamah. Semoga dipermudahkan urusan Sharnaaz dan Nabila. - CARI
|
msdummy.2018 replied at 1-10-2019 11:08 AM
lambat TT nie..org lain dah berpage2 buka forum
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewth ...
ADVERTISEMENT