CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Cucuk Mata Perogol Dengan Batang Aiskrim" - Budak Naik Kereta Sapu Nyaris 'Dilahap'

1-10-2019 01:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5193| Komen: 25

Mujur cerdik, seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun dapat melarikan diri daripada dirogol pemandu kereta sapu di Tembok Panuwasa, Kudat semalam.

Semuanya selepas dia bertindak mencucuk mata pemandu gila seks itu dengan menggunakan batang aiskrim.

Memetik laporan Harian Metro, mangsa dikatakan menumpang kereta Perodua Viva berwarna hitam lelaki tersebut untuk pulang ke rumahnya dari pasar. 

Carian internet
Pun begitu, mangsa dibawa ke Tembok Panuwasa untuk tujuan memuaskan nafsunya. 

“Suspek mengarahkan mangsa untuk melakukan hubungan seks, namun kanak-kanak perempuan itu enggan dan mengugut akan melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

“Suspek kemudiannya menutup mulut mangsa menyebabkan kanak-kanak itu meronta untuk melepaskan diri.

“Mangsa akhirnya berjaya menyelamatkan diri selepas mencucuk mata suspek menggunakan batang aiskrim,” kata Ketua Polis Daerah Kudat. 

Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah juga berkata, mangsa terus meminta pertolongan orang ramai sebelum membuat laporan polis. 

“Pemeriksaan awal mendapati, terdapat kesan calar pada mata kanan mangsa selain mengadu sakit di bahagian muka.

“Hasil keterangan mangsa, suspek adalah seorang lelaki berusia dengan keadaan muka cengkung, rambut pendek, beruban dan berjanggut,” katanya.

Suspek kini sedang diburu pihak berkuasa.  - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote koko2 1-10-2019 12:06 PM
Budak ni bernasib baik Dan berani..
Quote Artemesiaa 1-10-2019 12:09 PM
Nasib dia tak cepat panik dan berani bertindak untuk elak jadi mangsa
Quote insulin 1-10-2019 12:12 PM
Bagusnya adik ni. Adakah dia mendapat inspirasi dari John Wick?
Quote mieymiey 1-10-2019 12:22 PM
Berani adik ni.
Quote fliphair8 1-10-2019 12:48 PM
bagusnya ko dek, alhamdulillah selamat.
Quote sarah82 1-10-2019 01:05 PM
Alhamdulillah.. Ang selamat dik..
Quote saviour_09 1-10-2019 01:20 PM
patut lepas cucuk tu cari benda tajam cucuk lg sekali dik
biar buta terus sampai mampos

Quote minguk 1-10-2019 01:23 PM
harap buta lah driver berkenaan!
Quote Kurex 1-10-2019 01:23 PM
dah tua pun perangai macam ni lagi..
alhamdulillah selamat dah kau dik.. hati2 utk semua
Quote crazybeach 1-10-2019 01:44 PM
bravo dekk. kasi cucuk dalam2 sampai tembus yach

Quote haryatie 1-10-2019 03:18 PM
bagus adik ni x panik... berani bertindak
sial betul jntn tua keparat tu
Quote duri_durians 1-10-2019 03:31 PM
bagus dik. alhamdulillah selamat. semoga si jongos tersebut cacat seumur hidup
Quote nono86 1-10-2019 04:56 PM
Alhamdulillah dik. Nasib baik selamat
Quote Perawankota 1-10-2019 07:36 PM
Bagus dik...
Quote zamnie 1-10-2019 10:57 PM
Nasib budak ni baik.. kes terpencil.. selalu bdk2 jd mangsa..
Quote iloveselangor 2-10-2019 02:39 AM
Dik lepas cucuk tu...korek biji Mata dia dik..
Quote Eric.n9 2-10-2019 04:44 AM
Dah kena cekup ke belum driver sapu tu?
Quote delsmomm 2-10-2019 11:29 AM
you go girl....!!!!

semoga paedo tua vavis tu buta mata terus..

alang2 hati dah buta, biar mata pun buta jgk...

keji sgt nak rogol budak...

aku harap mana2 mangsa yang diganggu boleh pertahan diri mcm budak ni...
Quote whadda 2-10-2019 02:07 PM
padan muka.. buta lah ko terus sampai mampus

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.155594 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top