Orang Malaysia mana yang tidak kenal dengan KJ ataupun nama panjangnya Khairy Jamaluddin yang merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan kita sebelum diambil alih tugasnya oleh Syed Saddiq. Sikapnya yang mesra dan tidak kekok bergaul dengan masyarakat menjadikannya satu figura yang dihormati orang ramai.
Walaupun sudah jarang berada dalam 'spotlight', namanya masih meniti di bibir semua. Terbaru, KJ muncul sebagai penghias kulit majalah tempatan edisi bulan September. Majalah ini menjadi perhatian netizen kerana KJ kelihatan sangat berbeza dengan wataknya dan tampil sofistikated dan bergaya. Kalah model! Walaupun sudah menginjak usia 43 tahun, Ahli Parlimen Rembau itu kelihatan tampan bagi usianya selain kelihatan maskulin seperti hero filem Tamil.
|
sehirkedi: Nampak tak kemas..macam baru kalah judi pastu togok todi.
Themilo replied at 2-10-2019 11:58 AM
calling for @Kurex
ADVERTISEMENT