Siapa yang tidak sayangkan ibu sendiri? Dek kerana mahu membahagiakan ibunya, seorang jurusolek pengantin sanggup menghabiskan sebahagian pendapatannya bagi menerbangkan ibunya melancong ke beberapa buah negara.
Kisah yang dikongsikan wanita ini menarik perhatian warganet kerana dia mengakui terpaksa bekerja 'seperti orang gila' bagi menunaikan hasrat ibunya itu. “Kerja kerja macam orang gila dan Alhamdulillah, dapat bagi mak pergi NZ (New Zealand) 15 hari biarkan aku makan tapau je kat sini,” kata Intan Kaharuddin menerusi Twitter. Katanya, ia dilakukan sebagai penghargaan kepada ibu sendiri yang banyak berkorban untuk dirinya dan juga mengasuh anaknya.
"Mak selalu ada untuk masak, tengokkan rumah dan anak-anak bila aku tak ada. “Jadi dengan rezeki lebih yang ada, tahun ni aku dapat bagi mak pergi New Zealand. sedih pun ada. (Selama) 15 hari aku kena makan tapau je, tak sedap," katanya lagi. Rata-rata warganet berasa senang dengan perkongsian ini dan berharap dapat 'meniru' jejak langkah Intan dalam membahagiakan ibu bapa masing-masing. - CARI |
matchstick replied at 2-10-2019 06:02 PM
tapi bila mak fizo mintak kt anak dia nk kerusi urut korang kutuk
#donejadibatuapi
ADVERTISEMENT