Setelah lama memberikan bayangan akan mendedahkan kisah sebenar di sebalik perkahwinannya dengan Tengku Muhammad V Faris Petra, akhirnya Rihana Oksana Petra memenuhi permintaan wartawan untuk ditemu bual.
Dalam temu bual dengan akhbar Dailymail UK itu, Rihanna menjawab 10 soalan berkaitan perkahwinan, perceraian, anak dan perancangan masa depannya. Berikut adalah 10 soalan yang dijawab Rihana dalam temu bual itu; 1. Bagaimana sambutan perkahwinan kamu berdua? Ianya seperti kisah dongeng. Saya selalu mengimpikan perkahwinan yang indah dan suami saya mengabulkannya. Semasa sambutan yang meriah itu, sebenarnya kami sudah berkahwin dalam upacara mengikut agama Islam yang dipraktikkan di Malaysia. Jad,i majlis itu hanyalah sambutan meraikan kawan-kawan kami dan keluarga saya.
2. Apakah punca keretakkan perkahwinan kamu berdua? Apabila Baginda kembali ke negaranya pada Disember, sebenarnya saya tidak tahu apa yang akan berlaku. Kerana masa itu semuanya okey dan kami sedang bergembira menantikan kelahiran anak kami, jadi sampai sekarang saya masih tertanya-tanya puncanya. 3. Bila kamu tahu bahawa kamu sudah diceraikan? Saya sudah tidak berhubungan secara langsung dengan suami saya sejak Disember lalu. Jadi saya tidak ada peluang langsung untuk berbincang dan bertanyakan. Saya cuba hubungi kawan-kawan Baginda, kerabatnya, tapi usaha saya gagal. 4. Beritahu kami mengenai anak lelaki kamu, Leon. Dia sangat sihat, dia membesar dengan cepat. Pada umurnya sekarang, dia sangat aktif, merangkak dan ketawa. Dia kelihatan seperti ayahnya, seperti bayi keturunan Asia. Saya sangat menyayanginya, dan saya sangat bangga dengan anak saya. 5. Adakah kamu pernah diarahkan untuk membuat ujian DNA ke atas anak kamu? Saya bersedia menjalani ujian DNA untuk membuktikan Leon anak suami saya, lahir dari perkahwinan dan sememangnya dirancang. Setakat ini, hanya saya yang boleh melindungi anak saya dari semua unsur negatif. 6. Bagaimana kamu menanggung diri sendiri dan Leon sekarang dari segi kewangan? Sehingga kini, saya menanggung anak saya sendiri. Saya masih cuti bersalin, jadi tidak ada peluang untuk bekerja sepenuh masa. Tetapi, sebenarnya semasa masih mengandung pun saya masih mengambil beberapa projek sebagai seorang model. Saya juga merancang untuk memulakan akaun YouTube untuk menunjukkan kepada orang ramai bagaimana saya membesarkan anak saya kelak. 7. Ada apa-apa yang kamu kesalkan? Tidak ada apa-apa yang saya kesalkan. Anak saya banyak memberikan kekuatan kepada saya untuk teruskan kehidupan. 8. Adakah benar suami kamu melepaskah takhta demi kamu? Tidak. Saya rasa bukan kerana saya. 9. Bolehkah kamu berikan sedikit maklumat mengenai kenyataan (Istana) yang dikongsikan di media sosial? Saya tidak rasa kenyataan mengenai 'penipuan dan tuduhan' itu ditujukan kepada saya. Mengenai kekesalan Faris, kami masing-masing ada common sense, dan perlu selesaikan isu bersama demi masa depan. 10. Adakah kamu mahu memberikan apa-apa pesanan untuk bekas suami? Bangunlah, kamu ada anak lelaki, kamu kini seorang bapa, kamu kerabat Diraja. Walau apapun yang berlaku kepada perkahwinan kita, saya mahu anak saya mempunyai ibu bapa dan fikirlah apa yang anak kamu akan rasakan apabila dia melihat mesej ini kemudian hari, katanya.
|
Artemesiaa replied at 4-10-2019 12:24 PM
Kalau betul dia tak bersalah kena perlu gunakan media social untuk selesaikan masaalah
julielapadite: dia berani sampai tahap ni mesti backup kuat ni.u jgn main2 dengan russian.
ADVERTISEMENT