Isu sama tetapi tetap berlaku hingga ke hari ini, iaitu pulang 'on time' dijeling rakan sekerja tetapi balik lambat mendapat pujian bos. Anehnya. Situasi sebegini hanya boleh dilihat di segelintir negara, termasuklah Malaysia yang kononnya mengamalkan 'work life balance'. Sedangkan di kebanyakan negara barat, waktu pulang 'on time' adalah waktu berharga yang harus dimanfaatkan bersama keluarga. Bukannya menghadap kerja yang tidak berkesudahan. Tweet pemuda ini mendapat restu ramai warganet yang mengalaminya di tanah air. Berada di negara Jerman menjelaskan situasi berbeza dengan di Malaysia, walhal jika di Malaysia, sudah lambat setengah jam pun masih dipandang serong oleh rakan sekerja. Ianya turut dikongsi oleh pekerja-pekerja lain yang menyatakan pulang tepat pada waktunya bagaikan kesalahan besar walaupun sebenarnya kerja sudah banyak diselesaikan. Hal yang sama juga berlaku kepada syarikat Jepun atau Taiwan yang kebanyakannya menerapkan kerja kuat sebagai teras kehidupan mereka. Sangat berbeza dengan 'work life balance' oleh negara di barat. Bagaimanapun, tidak semua begitu. Masih ada majikan yang berhati mulia dengan membenarkan pekerja pulang tepat waktunya kerana memahami semua urusan telah selesai. Jadi, masalah sama akan terus berulang selagi tiada yang berusaha membetulkannya. Apa yang boleh kita lakukan? - CARI |
sarah82: Lor.. Aku punya ex bos dulu.. Masa kat intel kulim pesan.. Jangan over stay sampai 7 pm.. Sbb ada kes mistik. Bos kat motorola pulak pesan.. Jangan m ...
armin replied at 3-10-2019 05:30 PM
Patut berterima kasih kepada makhluk ghaib sbb tak payah stayback kerja lambat2
ADVERTISEMENT