Tergamak merogol anak kenalan rapatnya sendiri, seorang pemandu e-hailing dikatakan sanggup 'meratah' budak berusia 10 tahun di Taman Kinrara, Puchong 26 September lalu.
Ia selepas ibu mangsa tampil membuat laporan polis selepas mendapati ada kecederaan berlaku pada kemaluan anaknya, lapor Harian Metro. Malah, selepas pemeriksaan lanjut oleh doktor, mengesahkan terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa. “Ketika kejadian, kanak-kanak perempuan itu sedang bermain ‘game’ sebelum didatangi suspek lalu merogolnya. “Difahamkan, suspek berusia 40-an sering datang ke rumah mangsa dan semasa kejadian mangsa berseorangan di rumah.
“Sejurus kejadian, suspek terus melarikan diri dan bersembunyi, namun kita percaya dia masih berada di Malaysia,” kata Ketua Polis Daerah Serdang. Asisten Komisioner Ismadi Borhan juga berkata polis kini sedang giat memburu suspek. - CARI
|
ADVERTISEMENT