“Saya kira isu ini tidak timbul kerana sudah ada perjanjian." Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta semua pihak berhenti membangkitkan isu peralihan kuasa, lapor Berita Harian.
Tegasnya, isu Perdana Menteri' yang bakal menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sudah diputuskan dalam perjanjian antara parti Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini. “Saya kira isu ini tidak timbul kerana sudah ada perjanjian. Dulu sebelum PRU, kita katakan Perdana Menteri susulan (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Itulah yang dijanjikan. “Isu ini tidak timbul tapi dibangkit-bangkitkan, jadi isu. Patutnya kita ada isu lain, isu nak perbetulkan negara kita, kita nak perbaiki... sudahlah. “Isu itu (peralihan kuasa) sudah selesai. Kita sudah ada perjanjian,” katanya. - CARI
|
creep_bite replied at 3-10-2019 06:38 PM
Tggu PRU 15 laaa...tgk Bung Nuwar blh mng ataupun tidak...
ADVERTISEMENT