Sejak kebelakangan ini mesti ramai yang semakin mengenali Haneesya Hanie iaitu Dewi Remaja 2019 yang dibatalkan kemenangannya. Dah tentunya semua orang dah ketahui tentang kontroversi terbaru yang melibatkan gadis itu.
Kontroversi di mana Haneesya yang dikatakan mengenakan selendang seperti hijab namun memberi ilusi seolah-olah dia tidak berpakaian. Yang menghairankan, iklan itu sebenarnya adalah untuk mempromosikan kasut sebagai produknya. Namun mata orang ramai lebih tertancap kepada hijab berwarna merah itu. Kalau anda nak tahu, orang pertama yang menularkan gambar ini di laman Twitter ialah adik kepada Shila Amzah iaitu Syada Amzah. Baru sahaja lepas habis menyertai pertandingan Big Stage 2019, nampaknya nama gadis ini kembali popular kerana terpalit sekali dengan insiden ini.
Pun begitu, Syada akhirnya memadam entrinya yang menyelar tindakan Haneesya sebagai melampau. Dia juga memuat naik permintaan maaf sekiranya dia telah salah faham mengenai konsep iklan itu. Tapi tetap bertegas bahawa cara pemakaian Haneesya itu tetap salah. Walaupun ramai netizen yang telah menghentam Haneesya kerana penampilannya yang tidak sensitif di dalam iklan itu, ada juga segelintir warganet yang menyelar Syada kerana ada hati nak mengkritik penampilan model itu. Macam-macam betul. -CARI
|
ADVERTISEMENT