Berikutan kontroversi beberapa keping gambar yang menunjukkan pelajar-pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin dilihat memasuki sebuah kuil Hindu di Kuala Terengganu, pensyarah kepada pelajar-pelajar itu pula tampil memberikan penjelasan.
Kontroversi bermula apabila beberapa orang pendakwah yang juga ahli politik terkenal mempertikaikan gambar itu tanpa usul periksa. 'Ini apa pula cerita? Dah taka da tempat lain ke nak belajar?' kritik salah sorang daripada mereka. 'Apa perancangan mereka? Adakah barua-barua kapir harbi nak dipertahankan?' tambahnya lagi. Selain itu, pelbagai lagi spekulasi muncul di media social apabila gambar-gambar yang menunjukkan beberpa orang pelajar Melayu itu kelihatan duduk bersimpuh di salah satu ruang kuil tersebut.
Bagaimanapun, kenyataan tanpa usul periksa pendakwah itu dikecam orang ramai. Sehubungan dengan itu, Mohamad Hafis Amat Simim, Ketua Pusat Pengajian Antropology dan Dakwah UniSZA terpaksa tampil memberikan penerangan kepada akhbar Kosmo! Online. Menurutnya, pelajar-pelajar tersebut adalah mahasiswa jurusan Sains Sosial yang sedang membuat kerja lapangan bagi mata pelajaran Agama dan Masyarakat. Oleh itu, 13 pelajar terlibat telah memilih kuil tersebut sebagai kajian mereka bagi memenuhi keperluan silibus. 'Mereka hanya bertindak sebagai penyelidik, dan tidak terlibat dengan sebarang ritual' tambah Mohamad Hafis lagi. Pensyarah itu berharap masyarakat tidak akan membuat spekulasi liar di media social sebelum mendapat maklumat yang lengkap. - CARI |
anarina replied at 11-10-2019 11:38 AM
Kasihannya tgk manusia yg di bawah tempurung kelapa ni , pegila travel go out and explore , byk bend ...
ADVERTISEMENT