Lahir dari rancangan realiti One In A Million, Ayu Damit menolak dakwaan suara sumbang yang mengatakan dia artis sendu. Dia menepis kenyataan tersebut dan menjelaskan mereka yang sentiasa kerap muncul di kaca televisyen tidak semestinya menerima tawaran persembahan yang banyak.
Namanya tidak menjadi perhatian penerbit untuk menjayakan mana-mana program di televisyen, namun hakikatnya dia masih aktif dengan kerja nyanyian tanpa pengetahuan media. Dia sering menerima undangan dari program korporat dan majlis tertutup. Walaupun jarang muncul di skrin televidyen, namun rezekinya tetap ada untuk menyerikan pelbagai majlis dan karnival terutama pada hujung minggu.
Isteri kepada Syed Fauzi Syed Baharuddin ini telah lama tidak mengeluarkan single terbaru dan kini mahu mngintai kembali peluang mendekati komposer seperti Hael Husaini serta sentuhan penulis lirik Iman Imran dan Slen Fadzil. Dia ingin mencipta kelainan dan mahu mencuba genre lagu rancak selain balada. Disebabkan keadaan pasaran yang tidak menentu, Ayu memilih untuk tidak mahu mengambil risiko kerana pada masa ini, dia menguruskan kerjayanya sendiri.
Netizen suka melabel artis sendu jika jarang melihat kelibat artis tersebut di kaca TV. Kesian Ayu Damit. Tidak sabar tunggu lagu ciptaan Hael untuk Ayu nanti. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|