Selalu kita hanya mendengar dari pihak Rihana Oksana Petra saja kan. Terbaru, peguam Sultan Muhammad V pula tampil menafikan kenyataan berat sebelah bekas isterinya itu. Penafian itu dibuat beberapa hari selepas bekas ratu cantik Rusia berkenaan membuat pendedahan kontroversi yang menuduh baginda meninggalkannya dan mengabaikan tanggungjawab terhadap anaknya, Tengku Ismail Leon Petra. Lapor Business Insider, Firma Guaman Eversheds Harry Elias membuat kenyataan pada Rabu lalu bahawa Rihana sendiri yang memilih untuk pergi dan pulang ke Rusia. Namun, tidak dimaklumkan bila kejadian itu berlaku. Kenyataan itu menyebut, pada awal Mei lalu, Sultan Kelantan itu telah menawarkan sejumlah wang dan beberapa barangan mewah kepada Rihana untuk membiayai kos sara hidup serta bil hospital. Sebagai balasannya, baginda meminta Rihana untuk 'melindungi (privasi)nya'. Bukan sahaja ditawarkan wang berjumlah ASD20,000 (RM84,000) ketika dia hamil, malah baginda sultan turut menghadiahkannya beberapa barangan mewah termasuk sebuah Porsche Cayenne, sebentuk cincin rekaan Jacob Arabo serta barang kemas dari Cartier. Bagaimanapun, model terbabit menolak semua tawaran berkenaan dan memaklumkan kepada baginda bahawa sebuah akhbar tabloid UK bersedia memberi bayaran lumayan untuk pendedahannya mengenai hubungan mereka.
|
armin replied at 11-10-2019 11:47 AM
Ni macam damage control jah. Walaupun tak suka okx, takkanla ox yg tinggalkan lepastu dia meroyan? M ...
armin: Ni macam damage control jah. Walaupun tak suka okx, takkanla ox yg tinggalkan lepastu dia meroyan? Macam orang takde closure jah. Kalau dia dpt apa di ...
armin: Ni macam damage control jah. Walaupun tak suka okx, takkanla ox yg tinggalkan lepastu dia meroyan? Macam orang takde closure jah. Kalau dia dpt apa di ...
KIM.K replied at 11-10-2019 01:22 PM
Daily mail kata kak wok claim SK spend 50 juta tiap tahun untuk yatch, party in Ibiza etc
ADVERTISEMENT