Tidak semua individu selesa dengan lawak 'body shaming' yang sering digunakan sebagai bahan jenaka dalam mana-mana program. Tetapi, pendapat Abam Bocey adalah sebaliknya kerana dia merasakan lawak mengutuk tubuh seseorang itu bukanlah isu besar baginya.
Hakikatnya, seseorang itu hendaklah berjenaka secara bijak untuk menggunakan isu body shaming sebagai bahan ketawa orang. Apa yang penting adalah jangan keterlaluan. Tambahnya kepada Harian Metro, banyak pelawak menggunakan body shaming ketika berada di atas pentas sebagai salah satu isi bahan mereka. Sama juga kumpulan Bocey yang menyertai Maharaja Lawak Mega menggunakan lawak saiz badan sebagai bahan mereka dalam pertandingan tersebut.
|
ADVERTISEMENT