Berita gembira buat penerima Bantuan Sara Hidup (BSH). Adakah anda layak menerima program subsidi petrol? Kerajaan mengumumkan seramai 2.9 juta penerima BSH dari golongan B40 yang layak menerima Program Subsidi Petrol boleh menyemak kelayakan mereka melalui portal portal psp.kpdnhep.gov.my. Jangan risau sekiranya anda layak tetapi nama tercicir,anda boleh melengkapkan maklumat melalui fungsi rayuan dalam portal tersebut. Anda penerima BSH dan memiliki kenderaan berpandukan kriteria dalam PSP tetapi belum berdaftar dengan BSH, daftar segera program BSH dengan Kementerian Kewangan. Kepada anda penerima BSH tetapi baru membeli kenderaan yang layak, anda boleh mendaftar kenderaan anda dengan JPJ dan membuat permohonan baharu di portal PSP. Sekiranya anda masih musykil atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh diajukan terus melalui hotline 1800886800, e-mel: [email protected] atau melalui aplikasi WhatsApp di nombor 019-2786356. Program subsidi petrol bersasar ini akan mula dilaksanakan pada Januari 2020. Sama-sama kita nantikannya.- CARI
|
haryatie: kedua ank bujang aku layak terima
ADVERTISEMENT