Umum mengetahui yang anak perempuan kepada Datuk Seri Vida iaitu Cik B merupakan seorang yang rileks dan tidak mementingkan soal bergaya ataupun melaram. Biasalah budak remaja kan, buat apa nak bergaya sangat?
Walau bagaimanapun, Cik B baru-baru ini dengan berani tampil mengenakan pakaian 'trendy' dan solekan tebal bagi menghiasi kulit majalah Remaja edisi terbaru. Namun, ada sahaja mulut puaka yang seperti tiada kerja lain dan telah memerli penampilan Cik B itu. Ada yang kata, solekannya tidak eloklah, pakaiannya peliklah dan sebagainya. Kesian Cik B!
Terbaru, DSV memuat naik satu entri di Instagramnya dan menceritakan bahawa Cik B kini tidak bersemangat dan berasa rendah diri selepas menerima kutukan netizen. Usahawan kosmetik terkenal itu juga menjelaskan bahawa Cik B sedar mengenai kekurangannya dan dia cuba membawa kelainan, tapi tak sangka pula ramai yang akan mencercanya. - CARI
|
ADVERTISEMENT