CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fizo Mawar Kitchen Tak Jadi Tutup Ke? - Fizo Omar Akui Berbelah Bagi

21-10-2019 09:39 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 18358| Komen: 74|Original author: Sang_Pencinta

Susulan perceraian pelakon Fizo Omar dan Mawar Karim, pasangan itu sebelum ini mengumumkan akan menamatkan perniagaan restoran mereka, Fizo Mawar Kitchen (FMK)  secara rasmi pada 27 Oktober ini. Dikatakan bahawa kepurusan itu adalah muktamad demi menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak.




Kredit foto: IG


Bagaimanapun, desas-desus mengatakan restoran itu tidak akan ditutup, betul ke?


Menurut beberapa sumber Sinar Viral, pelakon itu kini berbelah bagi selepas menerima ribuan mesej daripada pelanggan restoran itu menyatakan kesedihan kerana tidak lagi dapat menjamah menu kegemaran mereka di situ.


Ramai di antara mereka yang mahu Fizo meneruskan perniagaan itu dengan menjenamakan semula imej dan nama restoran tersebut. Ini disebabkan Fizo sebenarnya orang yang telah berusaha keras memulakan restoran tersebut termasuk menentukan menu yang ditawarkan.



Kredit foto: Carian Google


Pelakon itu menerangkan beliau sendiri yang mempelajar menu tersebut di Phuket, Thailand mempopularkannya di FMK menurut selera tempatan.

Nampaknya gossip tidak jadi tutup itu ada asasnya kerana status Instagram Fizo Omar yang terkini menawarkan untuk menjualkan perniagaan itu kepada sesiapa yang berminat dengan jaminan akan menurunkan resipi kepada pengurusan baru itu.

Adakah ini bermakna Fizo sedang mencari rakan kongsi baru?




Jika benar gosip ini, sangatlah dialu-alukan kerana masih sedikit perniagaan makanan artis yang berjaya menarik ribuan pelanggan tetap seperti FMK. Adalah rugi jika Fizo menamatkan restoran yang diusahakannya sejak awal. 

Lagipun, jika Mawar berjaya dengan perniagaan tudung dan kain, apa salahnya seorang lagi artis Melayu punya perniagaannya sendiri?- CARI

2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Joysparta

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 21-10-2019 09:46 AM
Sian awak fizo.. Meh sini, kurex ada.. Aummmmm
Quote orglama 21-10-2019 09:52 AM
Kurex replied at 21-10-2019 09:46 AM
Sian awak fizo.. Meh sini, kurex ada.. Aummmmm

kurex jd la rakan kongsi restoren dia...sure dia syg kurex nanti
Quote makneng 21-10-2019 09:53 AM
Kurex: Sian awak fizo.. Meh sini, kurex ada.. Aummmmm

Kurex kaya tak?? Kalau kurex sengkek lupakan lahhh {:smile
Quote fa1982 21-10-2019 10:03 AM
Tak jadi tutup la pulakk
Quote mixed 21-10-2019 10:11 AM
Kurex replied at 21-10-2019 09:46 AM
Sian awak fizo.. Meh sini, kurex ada.. Aummmmm

kurex nape x  msk benang nasi himpit retis
ramai dok panggil kurex dlm tu

btw selera juga kurex dgn abe joe
Quote RatuDunia94 21-10-2019 10:32 AM
Sedap sgt ke menu2 kat resto heols?
Quote Acikgomen 21-10-2019 10:35 AM
Kurex replied at 21-10-2019 09:46 AM
Sian awak fizo.. Meh sini, kurex ada.. Aummmmm


Chuols kene bersedia lah nak jadi menantu mak sskjp neh
Quote epal21 21-10-2019 10:37 AM
Propa biasalah. Ribuan mesej katanya. Tukar aje lah restoran anak mama. Pergi lah mengorat dsv tu. Sama2 kelate lagi senang. Rumah dsv pun besar,boleh semua nak menempel.
Quote chocobozhere 21-10-2019 10:44 AM
kawan aku cite dia makan kt fizomawar ni sedap sangat... rugi kalau tutup.. hari tu aku makan aku rasa biasa je sampai aku pun lupa aku makan apa..... tp kalau x jadi tutup aku nak lah makan lagi sekali kot kot betul sedapp
Quote MatDeghem 21-10-2019 10:46 AM
Kurex replied at 21-10-2019 09:46 AM
Sian awak fizo.. Meh sini, kurex ada.. Aummmmm

lu beli restoran si abe fizo ....jadikan dia sleeping partner lu. boleh hari hari aummmm aummmm


Quote Kurex 21-10-2019 10:48 AM
orglama replied at 21-10-2019 09:52 AM
kurex jd la rakan kongsi restoren dia...sure dia syg kurex nanti

Tapi biarlah fizo sayang sebab hati, bukan duit..
Quote legal_jue11 21-10-2019 10:49 AM
Janganlah percaya sangat ribuan yang dm tu tengok sajalah sendiri berapa pelanggan yang hadir kalau betul selama ini memang penuh restoran sentiasa maka betul lah kata2 yg dm tu sayang kalau ditutup kalau selama ni sendu sahaja buat apa panjangkan liabliti lagi..yg beribu2 dm katanya tu pun boleh percaya sangat entah datang selalu entah tak kang nak maintain restoran tu cash flow x cantik yg sibuk2 mesej suruh jangan tutup tu nak menolong ke?
Quote mijaa 21-10-2019 10:49 AM
gimik je ke nak tutup tu
Quote Kurex 21-10-2019 10:49 AM
mixed replied at 21-10-2019 10:11 AM
kurex nape x  msk benang nasi himpit retis
ramai dok panggil kurex dlm tu


Selera kot.. Senyuman manis..
Quote Kurex 21-10-2019 10:51 AM
MatDeghem replied at 21-10-2019 10:46 AM
lu beli restoran si abe fizo ....jadikan dia sleeping partner lu. boleh hari hari aummmm aummmm :l ...

Kalau boleh, biarlah dua2 berkerja menaikan mutu restoren.. Nak setakat duduk2 je, baik aku pilih zul ripin..
Quote kucingitam 21-10-2019 11:17 AM
kalau tutup org kata sebab duit modal dh takde sebab mawar yg bagi duit selama ni, kalau nak buka terus pula, duit modal takde sebab mawar yang bagi selama ni..haih..berbelah bagi betul abe pijo camni..
Quote virgo19 21-10-2019 12:35 PM
Tak faham la.. kenapa lepas bercerai perlu tutup kedai?  ada masalah dgn duit modal pusingan sebab tukang bagi modal dah takde? Kalau tiap2 hari ada customer datang makan, pusing jela duit tu utk modal hari esoknya. Keuntungan tu guna la utk bayar gaji bos, gaji pekerja dan sewa premis. Takkan meniaga takde untung. Takkan tiap2 bulan mawar kena suntik modal, mana pergi keuntungan bisnes?
Quote cupu 21-10-2019 12:40 PM
Strategi la ni...cikgu suh up up lg citer...mana tau ada yg bengong percaya nk jd funder..
Quote Sang_Pencinta 21-10-2019 12:42 PM
Edited by Sang_Pencinta at 21-10-2019 12:43 PM
virgo19 replied at 21-10-2019 12:35 PM
Tak faham la.. kenapa lepas bercerai perlu tutup kedai?  ada masalah dgn duit modal pusingan sebab t ...


Saya yakin modal bisnes ni dua2 keluarkan

Sepatutnya Fizo bayar je part Mawar dan dia sambung bisnes sendiri, tukar nama sikit je

Sayanglah sebab dia dah usaha keras selama ni

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.079166 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top