Seorang gadis kurang upaya yang 'menyalak dan melolong' diberi kepada pedofilia oleh ibunya sebagai pertukaran dengan vodka. Gadis berusia 12 tahun yang digelar sebagai Diana itu dijumpai selepas melepaskan diri dari sangkarnya dan merangkak seperti 'seekor haiwan yang ketakutan' di jalanan. Menurut laporan, kanak-kanak itu tidak boleh bercakap, sebaliknya membuat bunyi seperti menyalak, tidak boleh berjalan menggunakan kakinya, tidur di atas lantai dan kelihatan lebih muda daripada usia sebenarnya.
Dikatakan, ibu kanak-kanak ini telah memaksanya untuk tinggal di dalam sangkar pada masa-masa tertentu dan di dalam kandang usang bersama lembu semasa musim panas. Ibu anak lapan itu menafikan dakwaan tersebut dan pihak polis kini menyiasat dakwaan dia mengabaikan dan mendera kanak-kanak terbabit. Diana kini mengalami keletihan melampau dan sedang diberi rawatan di hospital selepas berjaya melepaskan diri di Oryol, Russia. Sumber dari hospital memberitahu Oryol Times, "Ibunya seorang penagih arak. Ini adalah anaknya yang kelapan. Ketujuh-tujuh anaknya sebelum ini telah diambil oleh pihak berkuasa. "Ibunya telah menyembunyikan kanak-kanak ini sebaik mungkin. Di rumah, mangsa dikurung di dalam sangkar dan sekiranya dia perlu keluar rumah, dia akan mengangkut kanak-kanak ini di dalam beg sorong. "Demi sebotol vodka, dia menjual gadis ini untuk menjadi hamba seks." Difahamkan, polis telah campur tangan dan kanak-kanak ini diambil daripada ibunya, Madina, 38. Ibunya yang berasal dari wilayah Chechnya belum didakwa atas kesalahan jenayah. Namun, Madina dan jiran-jirannya menafikan dakwaan menjual kanak-kanak itu menjadi hamba seks. Katanya kepada pemberita, dakwaan itu adalah satu 'penipuan' dan gadis itu 'sakit', 'tiada apa yang boleh dia lakukan'. Media Rusia memaparkan imej-imej gadis tersebut berbaring memeluk tubuh di hospital dan kandang tempat tinggalnya dulu. Terdapat laporan mengatakan yang Diana mengalami 'kecacatan semenjak lahir', manakala bapanya telah meninggal awal tahun ini Dakwaan kes jenayah melibatkan pengabaian telah dilaporkan terhadap pegawai kebajikan kanak-kanak yang dituduh gagal melindungi Diana. Menurut akhbar Komsomolskaya Pravda, yang memetik kata-kata jiran mereka, "Ibunya mengunci gadis itu di dalam bilik hanya sewaktu musim sejuk. Pada musim panas, dia akan menempatkan gadis itu di ruang ladang sebelah lembu." Anjing, itik dan ayam dipercayai turut ditempatkan bersama-sama gadis itu. Laporan juga menyatakan yang kanak-kanak ini tidak mampu menggunakan peralatan makanan dan hanya tidur di atas lantai. Sementara itu, sumber terdekat hospital juga melaporkan Diana enggan tidur di atas katil. "Dia akan menyorok di sudut bilik sambil meringkuk di atas lantai. Dia juga menerkam makanan dan menelannya secepat mungkin sebelum memuntahkannya semula dan akan cuba makan lagi," katanya. Semoga penderitaan kanak-kanak itu berakhir. - CARI |
rantaikendoq replied at 29-10-2019 09:08 AM
masyallah subhanallah...apa punya wanita yg beranak 8...
hanya dgn arak, rosak segalanya
benarlah ...
ADVERTISEMENT