Zaman sekarang, walaupun dunia dah semakin maju tapi masih ada lagi perangai pelik manusia yang tak berubah. Ingatkan dah bagi amaran dan peringatan kepada kaum lelaki supaya lebih menghormati wanita, tapi macam masih sama sahaja.
Walau macam mana pun, dunia dah berubah. Wanita masih perlu berhati-hati tak kiralah apabila di luar mahupun di rumah. Sama seperti kes ini, apabila seorang lelaki warga Bangladesh ditangkap melakukan aksi tidak senonoh di hadapan rumah seorang wanita yang dikatakan berlaku di kawasan Damansara. Menurut individu di Twitter ini, dia terdengar jeritan yang kuat, lalu keluar untuk melihatnya. Bayangkan betapa jijiknya perlakuan lelaki itu yang dilihat asyik 'menyondol' pintu besi rumah itu. Lagi sedih apabila wanita di dalam rumah itu menjerit meminta tolong. Tapi yang menimbulkan kemarahan apabila individu yang merekod video ini boleh berdiri sahaja tanpa membantu keadaan itu. Pengawal keselamatan yang ada di situ pun boleh berdiri tegak tanpa melakukan apa-apa. Siap marah wanita itu supaya bertenang. Rata-rata netizen yang melihat video ini memang bengang habis dengan para lelaki yang berada di luar rumah itu. Walaupun lelaki warga Bangladesh itu sedang 'menggila', mereka boleh menonton sahaja insiden itu. |
Betara_Indera replied at 23-10-2019 12:25 PM
yg pompuan tu bangang sangat awat.. pi dapur curah air panas aje, sori tergeram sikit
Betara_Indera replied at 23-10-2019 12:25 PM
yg pompuan tu bangang sangat awat.. pi dapur curah air panas aje, sori tergeram sikit
legal_jue11 replied at 23-10-2019 02:49 AM
Anak kepada si perakam bagi alasan within minutes police dah sampai dan tahan bangla tu, yang jadi i ...
adila39 replied at 23-10-2019 11:50 AM
polis tolong tangkap anak dia and dakwa laaaa.. atau masukkan lokap je seminggu. Org menangis nak em ...
RatuDunia94 replied at 23-10-2019 05:53 AM
Macam salah bual je...
ADVERTISEMENT