Nampaknya, kak lina pom pom kita atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 30, yang lebih dikenali sebagai Elly Mazlein sudah selamat dirisik oleh lelaki misteri.
Mengakui masih belum bersedia untuk mendedahkan siapakah gerangan jejaka yang berjaya mencuri hati beliau, Elly berkata perasaannya bercampur baur ketika menerima kunjungan keluarga buah hatinya ketika majlis merisik tersebut. Elly juga merasakan dirinya begitu dihargai kerana ini kali pertama dia merasai pengalaman tersebut. Majlis tersebut yang diadakan secara kecil-kecilan itu telah memberi peluang kepadanya untuk mengenali dengan lebih rapat dengan keluarga bakal suaminya itu.
Elly juga meluahkan rasa kesyukuran dan berterima kasih kepada keluarga lelaki dan bakal suami kerana menerima dirinya seadanya. Foto: IG Penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu menambah, beliau dan bakal suami akan menjemput krew media di majlis pertunangannya nanti selain malam berinai yang akan berkonsepkan cik siti wan kembang kerana bakal suaminya itu berasal dari kelantan. "Begitu juga dengan majlis resepsi dan akad nikah,saya tidak akan lupa jemput media sebagai tanda penghargaan kerana sentiasa menyokong saya dalam industri seni," - ujarnya lagi. Elly turut berkongsi gambar sekitar majlis pertunangan beliau bersama lelaki yang dikenali sebagai Azlan namun masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah bakal suaminya itu. Tahniah diucapkan kepada Elly Mazlein, semoga majlis membina masjid ini akan berjalan lancar. - CARI Sumber: Media Hiburan portal online & Beatiful Nara |
anony-mous replied at 19-10-2019 04:06 PM
Mohtip cerita kat semua org? Kata mjlis privacy. Then dah boleh stop mengacara kot . Over acting n g ...
Nurul8001 replied at 19-10-2019 05:57 PM
Perempuan kalo excited, mulut mesti tak boleh tutup uolls.
Tapi takpelah. Saya happy baca cerita ...
ADVERTISEMENT