Sebut sahaja barang berjenama mewah, memang dia lah juaranya di media sosial. Bermula dengan beg, baju, kasut, selipar malahan seluar dalam sekalipun semuanya bernilai ribuan ringgit. Biarpun ada yang mengkritiknya kerana suka menunjuk-nunjuk, namun ia tidak pernah menjadi kudis kepada jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri. Dalam entri terbarunya, Aliff menjelaskan kenapa dia sanggup berhabis berjuta ringgit semata-mata untuk barangan mewah. Bagi Aliff sendiri, kehidupannya yang sukar satu ketika dulu menginsafkannya jadi apabila sudah sukses, ini adalah cara untuk menjadikan impiannya kenyataan.
"Ramai tanya kenapa abang suka fesyen sampai berjuta-juta habis. Jawapannya mudah, sebab dulu tak mampu nak beli semua ni. Sekarang dengan kerja keras, Alhamdulillah." Tidak hairanlah apabila setiap apa yang berkenan di matanya, akan terus disambar. Seperti yang dilakukannya di Sydney Australia yang mana Aliff menghabiskan RM200 ribu di butik jenama mewah hanya dalam masa sejam. Ianya termasuklah kasut istimewa keluaran khas Louive Vuitton. Tidak hanya itu, tahun ini juga Aliff sempat menayangkan seluar dalam berjenama Versace sekaligus membuktikan itu antara kejayaannya. Maklumlah dulu-dulu beli 3 helai RM10 saja. Rata-rata pengikut Aliff setuju dan ianya dijadikan inspirasi untuk berjaya seperti ikon mereka. Anda terinspirasi tak? - CARI |
Kurex replied at 22-10-2019 02:32 PM
Louive apa azza oiiii.. Azza, boleh tak bagi news yg mengembang minda forumer?????
"kenapa saya s ...
ADVERTISEMENT