"Seronok memanglah seronok, kang bertukar tragedi." Menjelang musim cuti sekolah, beginilah aktiviti kanak-kanak. Ada yang mengikuti kelas kemahiran dan ada juga yang menghabiskan masa bermain. Namun tak kurang aktiviti membahayakan seperti menunggang basikal lajak di jalan raya. Selain itu, antara aktiviti yang boleh dikata menyeronokkan tetapi sebenarnya berbahaya juga ialah bermain air banjir. Ia dapat dilihat menerusi gambar-gambar di FB Love Kuala Selangor yang memaparkan keseronokan mereka bermain air banjir di Jeram, Kuala Selangor. Pelbagai pose ditunjukkan dengan keadaan air separas betis. Rata-rata warganet menyifatkan ianya adalah situasi terkawal kerana paras air yang tidak berbahaya. Lagi pun, biarlah kanak-kanak menikmati kebebasan serta keseronokan air banjir seperti zaman mereka dahulu. Biarpun begitu, ada segelintir tidak senang melihat situasi tersebut yang memungkinkan tragedi. Manalah tahu tiba-tiba ada binatang merayap seperti ular, kala jengking dan sebagainya. Selain itu, mungkin ada juga lubang, longkang yang mungkin boleh menyebabkan kecederaan kepada mereka. Tidak dinafikan memang seronok bermain banjir tetapi perlu adanya pemantauan daripada ibu bapa atau orang dewasa. Jadi, jika ada apa-apa perkara buruk yang berlaku, akan ada pertolongan serta merta atau sekurang-kurangnya mampu mengurangkan kemalangan buruk.- CARI |
ADVERTISEMENT