Hong Kong yang ditadbir secara separa autonomi telah menyaksikan protes dan pertembungan anjuran pembangkang sejak tiga bulan lalu bagi membantah satu rang undang-undang ekstradisi sebelum ia bertukar menjadi pergerakan memperjuangkan reformasi demokrasi. Kejadian demonstrasi oleh kumpulan demonstrasi Hong Kong ini berikutan Rang Undang-Undang ekstradisi yang digantung dan membolehkan orang di bandar Hong Kong dihantar ke Tanah Besar China bagi dibicarakan di mahkamah yang dikendalikan oleh Parti Komunis. Protes ini berlaku selepas Hong Kong kembali ke China di bawah kaedah 'satu negara, dua sistem' yang membenarkan kebebasan seperti hak untuk membantah dan mempunyai sistem perundangan bebas sudah lagi tidak boleh mereka nikmati. Protes yang berlaku sejak pertengahan Jun lalu dilihat semakin menjadi-jadi dan seakan-akan tiada penghujungnya. Bermulanya protes di stesen keretapi, seterusnya ke lapangan terbang dan jalan-jalan besar sehinggalah menyebabkan beberapa operasi perkhidmatan di bandar lumpuh. Terbaru, sebuah masjid di Hong Kong, Masjid Kowloon menjadi kotor apabila terkena cecair biru yang disasarkan kepada kumpulan demonstrasi oleh pihak keselamatan. Usai insiden itu, pemimpin Hong Kong, Carrie Lam dikatakan telah bertemu dengan Ketua Imam Muhammad Arshad bagi melakukan permohonan maaf. Malah, kumpulan demonstrasi itu kemudiannya bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan tersebut. Rentetan kejadian itu, Pasukan Polis Hong Kong turut mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menghormati kebebasan beragama dan akan melindungi tempat-tempat keagamaan di sana. Sekali pandang, protes ini dilihatkan sebagai penentangan penduduk Hong Kong kepada rancangan China yang akan membenarkan ekstradisi dari Hong Kong ke tanah besar China. Namun, semua ini tidak berlaku dalam sekelip mata, di mana terdapat banyak konteks penting dan beberapa daripadanya telah wujud sejak dahulu lagi. Pihak berkuasa Hong Kong dan Beijing bagaimanapun kini semakin kuat mempertahankan pendirian mereka. Apapun sebabnya, semoga protes ini akan berakhir segera. Kerana apabila gajah sama gajah bergaduh, pelanduk yang mati di tengah-tengah. Dalam konteks ini, rakyat Hong Kong serta prestasi negara itu yang menjadi korbannya. - CARI Sumber : Hong Kong Police Force |
batmana replied at 26-10-2019 10:37 AM
banyak duit dorg, protest berbulan2
tak keje ,
umbut: X habis habis lagi ke protesnya
fliphair8: Kesian gak hongkies ni....punyalah fight habis2an lawak prc....mesia plak terbalik nak bertopang pada prc....ape nak jadi laaa
HannahMontana: melacurmereka byk melacur untuk Dollar !Yg lelaki pun sama ,dia boleh buat tawaran jika nak tidur dgn dia bayar rate sekian sekian ....gila punya cina
dani-rox replied at 27-10-2019 01:15 AM
si pembunuh gf, dan punca protest HK aman2 adja hidup bebas
ADVERTISEMENT