Siapa sangka makanan yang dijual di gerai ini kesemuanya RM1 semangkuk. Mengejutkan, bukan? Ini termasuklah mi, bihun, kuetiaw sup dan bubur nasi yang dijual oleh Zailani Ismail, 47 di tepi jalan di Kampung Delima, Tumpat.
Memetik laporan Berita Harian, lelaki ini mengakui keuntungan yang diperoleh memang tidaklah begitu banyak namun ia dapat menyelamatkan bisnes kedai makannya yang terjejas teruk sebelum ini. “Saya mengidap kencing manis beberapa tahun dahulu yang menyebabkan dua mata buta. Selepas menjalani pembedahan, penglihatan saya pulih namun diuji pula dengan penyakit buah pinggang tahap lima sejak tiga tahun lalu menyebabkan saya kerap keluar masuk wad.
“Bermula dari situ, pendapatan saya menjadi tidak menentu kerana perniagaan terjejas teruk dan saya pula perlu menjalani rawatan hidrolisis sebanyak tiga kali seminggu “Bagi meneruskan perniagaan yang semakin hari semakin terjejas, suatu hari anak sulung saya mencadangkan konsep jualan RM1 dengan hidangan mi, bihun, kuetiaw sup dan bubur nasi dan memang pada awalnya saya tidak yakin akan memperoleh keuntungan,” katanya. Katanya lagi, pada awalnya konsep RM1 itu kurang berjaya namun selepas anaknya mencadangkan ia dihebahkan di laman sosial, ia semakin mendapat perhatian. “Setiap hari secara purata saya mampu memperoleh sekitar RM100 sehingga RM200 keuntungan kerana turut menyediakan menu masakan panas lain dengan harga berpatutan. Walaupun untung itu agak kecil, apa yang penting bagi kami adalah keberkatan,” katanya lagi. Untuk rekod, Zailani turut menerima elaun dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan. - CARI
|
Artemesiaa replied at 23-10-2019 01:04 PM
Bagi yang kurang pendapatan ada yang jual harga makanan macam ni pasti amat melegakan mereka
sarah82: Untung sehari RM100 - RM200 kira banyak tu.. Sebulan kalau depa niaga seminggu 6 hari untung antara RM2400 ke RM5200..kira untung byk juga dan boleh c ...
ADVERTISEMENT