Kejamnya! Seorang pembantu rumah warga Indonesia dilaporkan menjadi buta dan luka di badan dipercayai didera oleh majikannya sejak lapan tahun lalu.
Namun, wanita malang itu berjaya diselamatkan Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dalam serbuan di Ipoh, Ahad lalu. Memetik laporan Harian Metro, pihak polis turut menahan suami isteri berusia 35 dan 36 tahun yang juga majikan mangsa. “Mangsa dipercayai dipukul menggunakan rotan dan tangan dan siasatan terhadap mangsa mendapati terdapat kesan luka lama di bahagian tubuh badan dipercayai dipukul. “Selain itu, muka mangsa bengkak dipercayai akibat ditumbuk dan mangsa juga hilang penglihatan dipercayai didera majikannya sejak 2011 dan berada dalam keadaan trauma serta ketakutan ketika diselamatkan polis,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak.
Senior Asisten Komisioner Anuar Othman juga berkata suspek yang ditahan juga mengaku tidak pernah membenarkan mangsa pulang ke negara asalnya. - CARI
|
rosli_nurizzati replied at 24-10-2019 09:29 AM
geng sepet ka? kelly ka? or meleis? involve d7 dah ni.. mcm depa rush benda len, jumpa benda len..
Boomibulat replied at 24-10-2019 09:30 AM
Biasa yg over sgt ni kelly..ingt dulu yg kasi amah tido luar rmh dgn anjing je..
misuke replied at 23-10-2019 10:00 PM
Allah... dasyatnya... manusia ka babi majikan ni
ADVERTISEMENT