Presiden Indonesia, Joko Widodo, telah mengumumkan barisan kabinet beliau hari ini di Istana Negara, Jakarta. Kabinet yang diberi nama 'Kabinet Kerja' menyenaraikan 34 kementerian dan empat kementerian koordinator. Pengumuman ini telah dibuat lapan hari lebih awal daripada 14 hari yang ditetapkan oleh undang-undang republik itu. Kompas TV telah memuat naik video pengumuman kabinet tersebut menerusi laman rasmi Tw!tternya @KompasTv. Jokowi ditemani oleh Naib Presiden, Jusuf Kalla (JK)memaklumkan penyusunan kabinet telah dilakukan dengan berhati-hati dan cermat kerana calon yang dipilih akan berkhidmat selamat lima tahun. Apa yang menariknya, pengumuman rasmi itu dibuat secara sangat santai oleh Jokowi - sambil duduk di tangga Istana Negara beramai-ramai bersama barisan kabinetnya. Steady betul! Pembentukan Kabinet Kerja Jokowi-JK menyaksikan kaum wanita dipilih memegang lapan daripada 34 portfolio kementerian (23%) di Indonesia. Jokowi kekal memimpin negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu bagi penggal keduanya selepas memenangi pilihan raya Presiden 2019 pada 17 April lalu. Beliau telah mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia pada majlis pelantikannya di bangunan Parlimen Indonesia 20 Oktober lalu.- CARI |
makita replied at 24-10-2019 12:40 PM
Lentiknya kaki Jokowi.
makita replied at 24-10-2019 12:40 PM
Lentiknya kaki Jokowi.
sharlenetexas replied at 24-10-2019 01:22 PM
Heols menari ballet ke dulu2?
Kurex replied at 24-10-2019 02:57 PM
Tapi rakyat indon dekat sini mencangkung dekat bus stop
natrahn replied at 24-10-2019 03:08 PM
@Kurex tu depa tunggu bas..sit penuh..terpaksa la mencangkung lenguh berdiri
shamsadis replied at 24-10-2019 12:17 PM
esok ada lah tu yang tiru dekat tanah air kelak
ADVERTISEMENT