Baru-baru ini, pelakon cantik iaitu Rita Rudaini bertindak menyaman beberapa individu yang meninggalkan komen melampau pada entri di laman Instagramnya. Walaupun sebelum ini wanita itu mampu bersabar mendengar kritikan netizen, tetapi tidak kali ini. Ibu mana tidak melenting apabila ada mulut celupar mempersoalkan sama ada anak-anak kesayangannya sah taraf ataupun tidak. Tak baik!
Dia juga telah memuat naik gambarnya memegang laporan polis sambil didampingi peguam yang membantu menguruskan kesnya. Boleh tahan kacak peguam yang bernama Mohd Syakirin Syazwan itu. Rita siap memberi amaran di kapsyen entrinya itu supaya fokus kepada laporan polis tersebut dan bukannya kepada lelaki macho itu.
Malangnya, netizen katanya terus hilang fokus kepada tujuan sebenar apabila terpana melihat kekacakan peguam itu. Sampai ada yang tiba-tiba meminta nombor telefon sebab nak memfailkan kes! Walau bagaimanapun, harap mengundur diri kerana Syakirin Syazwan telah pun berkahwin dan mempunyai cahaya mata yang comel. |
Kurex replied at 24-10-2019 11:10 AM
Berapa kali nak cerita pasal loyar ni???????
Tau memang hensem, tapi sekali cukup la.. Sebab muka l ...
bedahmenjuyah replied at 24-10-2019 01:00 PM
Hari2 pun boleh......boleh berangans je lah. Tak gitu????
Kurex replied at 24-10-2019 01:42 PM
Boleh berfantasi dgn zul ripin yg nalla
ReginaGeorge replied at 24-10-2019 11:12 PM
Lelaki yang jelir lidah ngan lelaki pakai kot tu orang yang sama ke?
ADVERTISEMENT