CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Komik Inisiatif Jalur Promosi Komunisme, KDN Warta Perintah Larangan

24-10-2019 11:09 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 4418| Komen: 27|Original author: Tukang Tulis

KDN telah mengeluarkan perintah larangan terhadap komik Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama. Kredit foto: Facebook

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan Perintah Larangan terhadap komik kontroversi 'Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama' kerana mempunyai kandungan yang boleh memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan.

Perintah itu dikeluarkan di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) terhadap penerbitan komik tersebut dalam bahasa Melayu, bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris.

Memetik kenyataan KDN dalam laman Facebook rasminya, komik terbitan Muzium Kebudayaan Komik Asia yang boleh menggemparkan fikiran orang ramai itu didapati cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme.

Kurator Muzium Kebudayaan Komik Asia, Dr. Hew Kuan Yau turut terlibat dalam penerbitan komik Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama. Kredit foto: Facebook

Komik tersebut juga menyebarkan fakta yang salah dan mengelirukan tentang komunis serta mengandungi unsur untuk membangkitkan sokongan dan simpati terhadap gerakan pengganas itu.

"Ia juga boleh menimbulkan keraguan kepada pembaca khususnya generasi muda tentang sejarah Malaysia, seterusnya mempertikaikan usaha serta perjuangan tokoh/pemimpin negara terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan dan membangunkan negara.

"Kandungan penerbitan ini dlilihat tidak mengambil kira sensitiviti rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama serta dibimbangi boleh memecahbelahkan keharmonian dan perpaduan masyarakat di negara ini," jelas KDN.

Kekejaman pengganas komunis meninggalkan titik hitam dalam sejarah negara. Kredit foto: Carian Google
KDN menegaskan, kegiatan seperti mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki komik berkenaan adalah dianggap suatu kesalahan.

Sekiranya disabitkan kesalahan, pelaku boleh dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau didenda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Sebagai rakyat dalam negara berbilang kaum, sewajarnya kita sentiasa menjaga sensitiviti agar suasana harmoni yang dikecapi ini tidak terjejas. - CARI
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 24-10-2019 11:28 AM
Dah tau dap ni komunis, yg kau pergi undi lagi kenapa?!!!
Quote tagas 24-10-2019 11:36 AM
dah terang lg bersuluh

tp masih ramai lg yg buta hati
Quote Eric.n9 24-10-2019 12:25 PM
tagas replied at 24-10-2019 11:36 AM
dah terang lg bersuluh

tp masih ramai lg yg buta hati

Mmg ramai yang buta hati.
Ingatkan makin canggih teknologi sekarang di mana maklumat di hujung jari.
Rupanya makin ramai yg jadi bebal.
Quote Buritan 24-10-2019 12:28 PM
Kurex replied at 24-10-2019 11:28 AM
Dah tau dap ni komunis, yg kau pergi undi lagi kenapa?!!!

Kannnn.. kominis kan ke dah mampus dahhh.. naik dap hidup balik kominis.. same jugak ltte.. dah kena bako pas tuu dap naik hidup balik kek sini dan semakin kuat
Quote EmaAsmadi 24-10-2019 12:59 PM
Muka kuan yau tu memang mintak penumbuk
Quote mizzmimi 24-10-2019 03:14 PM
Haa.. Apo lagikk.. Tangkaplaa suparman tu.. KDN come on..
Quote Melorqe 24-10-2019 03:17 PM
KDN mana berani kacau suparman
timbalan menteri pun bekap baek
diaorang ni buat kerja mcm mana pun aku tak tau
makan kaki tiktok ja masing2
Quote Malaysia.Doom 24-10-2019 03:19 PM
Kurex replied at 24-10-2019 11:28 AM
Dah tau dap ni komunis, yg kau pergi undi lagi kenapa?!!!

Tun Razak pun berbaik dengan Komunis...sampai zaman BN berurusniaga dgn Komunis China.

Then what's wrong with Komunis???
Quote Kurex 24-10-2019 03:34 PM
Malaysia.Doom replied at 24-10-2019 03:19 PM
Tun Razak pun berbaik dengan Komunis...sampai zaman BN berurusniaga dgn Komunis China.

Then wha ...

kau masuk la komunis kalau kau tak rasa salah...
kau kan selalu kata negara ni negara ke tiga..
apa kata kau masuk mana2 agama yg kau rasa lagi betul dgn agama yg kau anut sekarang ni.
macam aku suruh asdan buat,...
kau masuk je pertubuhan yg kau rasa tak ada salahnya.. masuk je utk buat hati kau lagi tenang...

takdelah kau ungkit kenapa melayu gampang, kenapa melayu bangsa no 3 dalam dunia, kenapa kau undi pas,
kenapa manusia ni tak dilahirkan satu bangsa yg dipilih Tuhan utk pimpin dunia iaitu bangsa bugis..

semoga pemilihan kau ni boleh tenangkan fikiran dgn jiwa kau yg hari2 meratib melayu & dunia ketiga ..

kot2 lepas ni diam terus ke..


Quote Rogue98 24-10-2019 06:07 PM
So kalau dah ada larangan tu cepat2 lah pergi tangkap orang yg bertanggungjawab mengedar komik tu. Bukti bersepah kat Internet.
Quote Ina8895 24-10-2019 06:43 PM
Bodoh punya komunis
Quote Psfzi 24-10-2019 09:43 PM
Tumbuk aja... komunis btol
Quote JohnnySins 24-10-2019 09:49 PM
yang mengedaq tak pi tangkap ka? depa maksum... wakakakakakakaka
Quote JohnnySins 24-10-2019 09:50 PM
Buritan replied at 24-10-2019 12:28 PM
Kannnn.. kominis kan ke dah mampus dahhh.. naik dap hidup balik kominis.. same jugak ltte.. dah ke ...

tengok penduboq lgbt mengaku bugis tu masuk..nak tunjuk pandai la tu......batak attention...wakakakakakakakaakakka
Quote HannahMontana 24-10-2019 09:52 PM
EmaAsmadi replied at 24-10-2019 12:59 PM
Muka kuan yau tu memang mintak penumbuk

Dia minta penumbuk ,ko nak bagi ke tak penumbuk tu ???
Quote Buritan 24-10-2019 10:49 PM
EmaAsmadi replied at 24-10-2019 12:59 PM
Muka kuan yau tu memang mintak penumbuk

Aku tengok muke cam babi jahhh..
Quote Buritan 24-10-2019 10:51 PM
mizzmimi replied at 24-10-2019 03:14 PM
Haa.. Apo lagikk.. Tangkaplaa suparman tu.. KDN come on..

Baik tgkp muptiiii.. babi ni lepassss ajelaa
Quote mizzmimi 26-10-2019 04:11 PM
Buritan replied at 24-10-2019 10:51 PM
Baik tgkp muptiiii.. babi ni lepassss ajelaa

Ngape.. Mupti suruh sokong amnopas ke..
Quote Buritan 26-10-2019 04:32 PM
mizzmimi replied at 26-10-2019 04:11 PM
Ngape.. Mupti suruh sokong amnopas ke..

Ape kaitan umnopas ngan mopti.. ini kaitan ini kaitan sepet jahh.. sepet tak perlu tgkp.. jentik pun jgn.. mopti yessszaa

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.741414 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top