Lama tak bercerita mengenai pelakon jelita Emma Maembong, apa khabar dirinya? Sejak tampil dengan imej baru, semakin cantik gaya-gaya busana dikenakannya. Pun begitu, dalam satu kemas kininya baru-baru ini, perkongsian gambar Emma mencetuskan perdebatan di kalangan pengikutnya hanya kerana mengenakan loket nama dalam tulisan jawi. Lah, dah kenapa pakai loket nama sendiri yang dieja dalam jawi pun menjadi satu isu? Kata individu terbabit, dia bimbang ada orang luar salah faham dan mengaitkannya dengan kalimah suci al-Quran. Dalam masa sama, ramai juga menyindir penampilan Emma sekarang yang semakin berani menayang tubuh gebunya itu. Apa lagi nak dikata? - CARI
|
fushimi: sheols ni lawatapi tak berjaya tangkap jerung
fushimi replied at 24-10-2019 12:03 PM
sheols ni lawa
tapi tak berjaya tangkap jerung
ADVERTISEMENT