“Mana-mana suami yang gagal memenuhi keputusan mahkamah syariah boleh diambil tindakan seperti membekukan hartanya atau pun boleh diambil daripada bank akaun atau KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) untuk dibayar seperti mana diputuskan."
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Amzad Mohamed (Pas-Kuala Terengganu) mengenai langkah kerajaan dalam memperkasakan mahkamah syariah di Dewan Rakyat, hari ini. Katanya, cadangan itu diutarakan dalam rundingan bersama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Kementerian Kewangan (MOF). Perbincangan yang dilakukan bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu juga adalah bagi membela nasib isteri dan anak yang terlibat dalam kes penceraian. “Pihak JKSM melalui dasar Rahmatan Lil Alamin menubuhkan satu mahkamah khas dinamakan sebagai Mahkamah Bahagian Nafkah dan Hadhanah dengan membuat satu peruntukkan penguatkuasaan.
“Akta ini bukan di bawah kami tetapi di bawah BNM. Keputusan mahkamah syariah tidak terikat dengan akta tersebut. Ini masalah kita dan begitu juga dengan KWSP,” katanya. - CARI
|
Kurex replied at 24-10-2019 01:49 PM
Takde drama guling atas jalan ke?
kucingitam replied at 24-10-2019 02:03 PM
ko nak guling sekali dgn kanda mujahid ke kurex...ahahah
fliphair8 replied at 24-10-2019 02:01 PM
ni bagus....siler percepatkan...ramai asnaf dari golongan ibu tunggal...
ADVERTISEMENT