Khabarnya, percintaan pelakon Nur Risteena dengan seorang pelakon dan ahli perniagaan, Ikhwan Khairudin sudah bernoktah. Terdahulu, kedua-dua mereka sudah mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa mereka bakal bernikah November tahun ini, bersempena hari lahir Risteena.
Namun, ada dakwaaan mengatakan mereka tidak jadi berkahwin dan percintaan mereka dah tamat seperti dilaporkan portal Gempak. Terkini, Risteena didakwa sedang menyulam kasih dengan pelakon dan penyanyi baru, Isa Khan. Malah, sebelum ini Risteena pernah memuat naik gambar beliau bersama Isa Khan dan kakaknya Farali Khan, dengan kapsyen 'family', tapi khabarnya foto terbabit sudah dipadam.
Eh, sejak bila pula mereka bersaudara? Isa juga pernah memuat naik gambar beliau dengan seorang wanita yang ditutup mukanya di Insta Story. Isa dan Risteena sebelum ini pernah berlakon bersama dalam drama bersiri Bulan Di Kota Langit. Adakah semasa berlakon bersama telah menimbulkan bibit-bibit cinta antara mereka berdua? Apapun yang terjadi antara mereka, semoga ianya yang baik-baik sahaja. Jodoh, ajal, pertemuan semuanya di tangan tuhan. - CARI |
unguaurora replied at 25-10-2019 12:51 PM
Dua beradik tibaiunta. Cpt la kawin dan berambus dr dunia seni.
Kurex replied at 25-10-2019 10:53 AM
WHO ARE YOUSSSSS?!!
Xim replied at 25-10-2019 12:54 PM
Isa khan mst kurex kenal kan ? Cetgk vdeo clip esok masih ada . Nmpk wangi
Kurex replied at 25-10-2019 12:57 PM
Tak kenal jugak.. Takpelah, biarlah kurex dgn zul ripin je
MadameOnion replied at 25-10-2019 11:45 AM
gitohhh kaedahnya..lawa risteena ni tapi tak dapat dipastikan sbb filter 188 tingkat..sekian hencapa ...
Kurex replied at 25-10-2019 10:53 AM
WHO ARE YOUSSSSS?!!
ADVERTISEMENT