"Ia adalah 19 tahun yang indah dan saya bersyukur sekiranya awak adalah sebahagian daripadanya... Terima kasih." Itu adalah kata-kata terakhir atlet renang Sarawak, Ayrton Lim di 'Instagram story'nya sebelum ditemui meninggal dunia oleh ibunya di ruang tamu kediaman, di Tabuan Laru, Kuching. Mendiang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak. Menurut The Borneo Post, Aryton baru sahaja kembali dari Singapura selepas menjalani latihan. Walaupun punca kematian tidak didedahkan, namun rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan membuat pelbagai spekulasi, termasuk mengandaikan punca kematian mendiang disebabkan oleh bunuh diri. Dalam pada itu, berita TV3 melaporkan atlet tersebut dipercayai mengalami kemurungan sejak tiga hari lepas. ">Loading Tweet... Salam takziah diucapkan kepada keluarga mendiang, diharapkan mereka tabah menghadapi dugaan ini.- CARI |
Kurex replied at 25-10-2019 09:16 AM
Alahai... Sayangnya... Dah la hensem..
beta_carotene replied at 25-10-2019 10:25 AM
Hensem kan..
Kurex replied at 25-10-2019 09:26 AM
Tulah... Sayang gila.. Hilang sorang
beta_carotene replied at 25-10-2019 10:30 AM
Tinggi, kekar, muka pun not typical Chinese.. Athlete lagi.. Harap keluarga/gf/bf heols Mazleela d ...
fliphair8 replied at 25-10-2019 10:38 AM
sayangnya lahai.....physical package cukup, sayangnya takde sape tahu ape yg tersirat dalam hati dia ...
Kurex replied at 25-10-2019 09:44 AM
Apa kena mengena dgn Mazleela? Adakah lagu tabah dia?
ADVERTISEMENT