Penyanyi muda, As'ad Motawh, 18, mengakui kecaman orang ramai mengenai nyanyian sumbangnya membuatkan dia bersedih. Bagaimanapun, kecaman itu tidak membuatkan dia tertekan atau mengalami depresi.
Mengakui dikecam hebat di awal kemunculannya, As'ad berkata kemuncak daripada itu adalah insiden di sebuah rancangan televisyen Indonesia dua tahun lalu yang hampir memutuskan semangatnya. Dalam sebuah program TV itu, A'sad menyanyi dengan sumbang menyebabkan klip videonya tular dan dipermalukan. 'Masa itu saya baru 16 tahun, suara tidak sampai, tapi insiden itu menjadikan saya lali daripada kecaman,' jelasnya kepada mStar dalam sidang media Shopee di W Hotel kelmarin. Bagaimanapun, menurut As'ad kecaman itu lenyap apabila single terbarunya berjudul Selamanya muncul. 'Alhamdullilah, lagu itu dapat respon positif,' tambahnya.
Mengenai kemungkinan masih ada kecaman lagi, A'sad berkata beliau anggap netizen yang negatif hanya 'laparkan perhatian' daripada seorang artis. 'Saya tak kisah, saya tahu mereka tiada niat nak kecam, sebaliknya hanya inginkan perhatian saya,' katanya lagi. Menurutnya, di sebalik banyak kecaman, beliau juga menerima komen positif melalui mesej peribadi di Instagram. Sudah lumrah artis kini untuk menjadi perhatian masyarakat yang kadangkala mengundang kecaman. Tapi, apa kata netizen pula? - CARI
|
saya tahu mereka tiada niat nak kecam, sebaliknya hanya inginkan perhatian saya
ADVERTISEMENT