Hancur luluh hati ibu melihat impian anak menjadi penari terkubur selepas lumpuh akibat cedera dalam kelas tarian. Kanak-kanak berusia 6 tahun yang hanya dikenali sebagai Tongtong itu cedera selepas guru tariannya menolak kakinya secara paksa untuk membuat gerakan split. Lapor media tempatan seperti dipetik AsiaOne, kejadian berlaku di Henan, China pada 6 Oktober lalu. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Tongtong berbaring di atas lantai dan gurunya menolak kaki kirinya ke atas kepala.
Sejurus melakukan split itu, Tongtong dilihat masih mampu berjalan walaupun tertatih dan tidak stabil. Namun, sebaik dia duduk, kanak-anak itu dilihat cuba beberapa kali untuk berdiri tetapi gagal menggerakkan kedua-dua kakinya. Guru-guru yang menyedari keadaan Tongtong bergegas memberi bantuan sebelum membawanya ke hospital di mana doktor mengesahkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan saraf tunjang. Sejak kejadian, Tongtong yang sudah dua tahun menghadiri kelas tarian tidak lagi mampu berjalan. Berkata kepada media, ibu Tongtong yang dikenali sebagai Li memaklumkan doktor ada memberitahu supaya tidak terlalu berharap. "Mereka kata, peluangnya sangat tipis untuk sembuh melainkan berlaku keajaiban," katanya. Katanya, pada hari kejadian Tongtong mungkin sudah mengalami kecederaan kecil ketika melakukan pergerakan melentikkan badan. Keadaannya mungkin bertambah buruk selepas dia dipaksa melakukan split. Sementara itu, jurucakap akademi seni tarian itu berkata, perkara itu tidak mungkin berlaku dalam latihan asas jika kanak-kanak berkenaan tidak memiliki masalah kesihatan tertentu. "Pihak akademi telah menanggung kos perubatan awal kanak-kanak itu atas dasar simpati, namun sukar bagi kami untuk terus menampung kos perubatannya kelak," jelasnya. Difahamkan, Li mengakui pihak akademi sangat membantu pada awalnya, tetapi mereka berhenti melawat Tongtong dan tidak lagi menjawab panggilannya apabila keadaan kanak-kanak itu tidak menunjukkan sebarang perubahan positif. - CARI |
3
Bagus |
16
Marah |
4
Terkejut |
1
Sedih |
2
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chicozinn: aku rasa ramai je budak2 kat PRC kena dera cmni..sbab aku penah baca kat website mana tah pasal hardcore training atlit kanak2 utk sukan..no wonder la ...
CatMiow replied at 25-10-2019 02:45 PM
Mungkin pernah ada kes, tapi tak kena dedahkan.
Sebab dorang ni mmg training hardcore punya ...
ADVERTISEMENT