CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Sangka, Permaisuri Agong Bekalkan Sambal Belacan Pada PM Singapura

25-10-2019 03:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9228| Komen: 41

Siapa sangka Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendedahkan pernah menjadi 'agen' membekalkan sambal belacan kepada mendiang bekas perdana menteri Singapura.


Menurut baginda menerusi hantaran di Twitter, tradisi membekalkan sambal belacan kepada PM Singapura itu bermula dengan Datuk Lee Kuan Yew dan kini turun kepada anaknya Lee Hsien Loong. 

Kredit foto: Twitter

“Yang ni, dah lama saya nak share dengan rakyat Malaysia... saya dulu... the official sambal belacan supplier to the PM of Singapore (pembekal rasmi sambal belacan kepada PM Singapura)  Dato Lee Kuan Yew... n now supply (dan sekarang bekalkan) kepada  anaknya PM Lee ( Hsien Loong)  juga!” tulis baginda di Twitter. 

Menerusi surat Lee Kuan Yew itu, beliau menganggap enam paket sambal belacan pemberian baginda sebagai yang paling sedap pernah dirasai. 

“Saya kongsi dengan dua anak lelaki saya. Sambal belacan itu paling sedap pernah kami rasai. Bolehkah keluarga saya dapatkannya lagi,” tulis surat yang bertarikh 23 Julai 2009. 


Baginda sebelum ini sememangnya terkenal kerana kelazatan makanan yang disediakan, nyata memanfaatkan kelebihan itu dalam hubungan diplomasi dua negara. Unik, bukan?

Ramai warganet memuji tindakan baginda dan tidak kurang juga yang mahu mencuba sambal belacan tersebut. - CARI 
2

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fushimi 25-10-2019 03:11 PM
nanti orang speku macam macam tau
Quote buapakperut 25-10-2019 03:12 PM
baca surat tu iols terbayang mereke makan belacan macam makan snicker. cepat abis
Quote sharlenetexas 25-10-2019 03:18 PM
Itulah oks tak belajar makan belacan
Quote munchkin 25-10-2019 03:40 PM
Alah comel nya....

Sedapnya kalau dapat belacan sedap
Quote Malaysia.Doom 25-10-2019 03:42 PM
Tiba2 nampak Tengku Azizah ni cute.
Quote inspiro92 25-10-2019 03:45 PM
sharlenetexas replied at 25-10-2019 07:18 AM
Itulah oks tak belajar makan belacan

haha sempat lg heret oks dlm thread ni.
Quote kurga 25-10-2019 03:52 PM
dialog femes belacan...

Sampai hati kanda nak memancung dinda? Sampai hati, Kanda.


Sampai hati?  Kau jugak sampai hati membuat aku begitu!  Bukankah kau tahu kesukaan aku ialah belacan? Kenapa kau masak sayur asam tak mau campur belacan? Sekarang aku akan pancung leherkau!

Eh...apa punya laki? Pasal belacan itu pun kamu nak pancung dia ke?
Quote grizz 25-10-2019 04:23 PM
bg pree ke?
Quote Austronesian 25-10-2019 04:39 PM
Apa yg peliknya? Cina ramai je yg makan sambal belacan
Quote Atata 25-10-2019 04:42 PM
Hehehehe..
Quote Pink_Purple 25-10-2019 04:43 PM
sharlenetexas replied at 25-10-2019 03:18 PM
Itulah oks tak belajar makan belacan

makmertua pun xsempat kenal..apa lagi budu..belacan jauh lagi la..
xsabar nak jadi kuin sangat
Quote Pink_Purple 25-10-2019 04:44 PM
tabek la orang minat masak ni..
masak banyak2 pun boleh..
Quote Modngengade 25-10-2019 04:45 PM
Austronesian replied at 25-10-2019 04:39 PM
Apa yg peliknya? Cina ramai je yg makan sambal belacan

cina makan apa  sajer sis...tolak batu dgn kayu jer

Quote najib888 25-10-2019 04:50 PM
Dato' Lee Kuan Yew? Sapa bagi title Dato' tu? Sultan Singapore ka? Istana Kampung Gelam/Glam?
Quote CatMiow 25-10-2019 04:50 PM
Ye la queen yg bagi,  mesti terpilih kualitinya..  Jgn rakyat yg bagi,  silap2 yg superb punya kualiti pun tak kena pandang.

I ternampak komen genyeh2 buah kundang tu..  

Pas ni rpa buat video sambal belacan buah kundang pula ye...
Quote cHimo 25-10-2019 05:04 PM
Sambal belacan dan bendi perghhh
Quote girlfridayz 25-10-2019 05:24 PM
kecoq yaqlioq ai.. sampai PM tak segan mintak tu mmg sebab suka sangat dah tu.. kiki.
Quote epuepy 25-10-2019 05:55 PM
Ala lala. Comel je jdi supplier sambal belacan. Bagus rpa ni. Very humble. I like
Quote seri_melati 25-10-2019 06:01 PM
buapakperut: baca surat tu iols terbayang mereke makan belacan macam makan snicker. cepat abis


Sedap tu kunyah macam snicker{:laugh{:laugh

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.158008 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top