Isu makanan halal pastinya sentiasa menjadi perkara sensitif dan sering dibincangkan oleh masyarakat Muslim di negara ini. Namun, kadang kala menjadi kemusykilan bagaimana jika ada rakan atau jiran yang bukan Islam mempelawa masakan yang mereka sediakan?
Seperti yang diluahkan oleh pengguna Twitter ini, dia berasa terkilan kerana rakan-rakan sekelasnya tidak menjamah makanan yang dibawakan oleh rakan bukan Muslim ketika jamuan kelas. Katanya, rakan bukan Muslim itu membawa ayam teriyaki, namun tiada yang sudi memakannya kerana khuatir dengan status halal dan kesuciannya. Perkara ini mendapat perhatian penceramah bebas, Da'i Wan Dazrin. Katanya, orang Muslim perlu menghormati pemberian bukan Muslim dengan menerima makanan halal, namun bukan daripada makanan sembelihan. "Ini perlu difahami dengan baik. Bukan mahu menolak tapi sebab kita menjaga kesucian tuntunan agama kita dalam menjaga waraknya diri daripada perkara-perkara yang syubhah," tulisnya. Ujarnya lagi, jika Muslim berasa ragu, maka boleh menolaknya dengan cara paling berhemah. "Bukan Muslim pun jikalau mahu memberikan toleransi, boleh menyediakan makanan yang sudah siap halal kepada kami. "Kami pasti akan menerimanya dengan baik tanpa perlu menolaknya. Kalian pun tidak akan terasa hati dengan tindakan kami," katanya lagi. Dalam pada itu, Wan Dazrin turun memberi cadangan agar bukan Muslim membeli makanan dari restoran yang halal untuk situasi seperti ini. "Semua tahu produk itu halal, semua masyarakat boleh makan dan boleh dikongsi bersama," ujarnya. - CARI
|
makita: Erm org da jamu. Meols dulu msa zaman kolej, kwn meols bangsa Punjabi jemput meols bukak puasa kt umah dia. Mak dia masak. Samada meols ni lurus sgt t ...
ADVERTISEMENT