Menjadi seorang selebriti bukannya mudah kerana memerlukan semangat dan kecekalan yang tinggi dalam diri. Ezzaty Abdullah mengakui yang dia sedar ada pihak menggelarnya sebagai artis 'sendu'.
Bagaimanapun, aktres ini langsung tidak kisah dengan komen netizen sebab baginya, masing-masing mempunyai pandangan tersendiri. "Saya memang sendu pun, tak adalah bukan sendu cuma saya berhenti sekejap sebab jaga anak. "Bukan apa, saya tak bagi orang lain jaga anak. Jadi, mungkin sebab tu saya sendu," katanya kepada Media Hiburan.
Menurutnya, kerja seninya perlahan selepas bergelar ibu. "Saya akui ada juga peminat tanya kenapa dah lama tak berlakon. Saya berehat sekejap, bagi suami sahaja berlakon," tambahnya. Ezzaty kata, dia akan mula aktif semula selepas suaminya, Azwan Kombos selesai dengan urusannya. Siapa tak sabar nak tunggu Ezzaty kembali berlakon? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|