Umum mengetahui bahawa ahli keluarga Maembong merupakan keluarga yang berbakat dalam bidang seni. Paling menyerlah antara mereka semestinya Emma dan Chacha Maembong. Walaupun adik-beradik, kebanyakan netizen sering membandingkan bakat lakonan mereka.
Yalah, kalau nak diikutkan, rasanya Emma lebih menjadi pilihan pengarah dan produser drama berbanding Chacha. "Saya tak kisah pun jika orang nak bandingkan saya dengan Emma. Alhamdulillah netizen dah semakin bijak dan mereka tahu lakonan saya dengan Emma sangat berbeza. "Mereka tahu Emma sesuai dengan watak yang bagaimana dan mereka juga tahu saya ada kekuatan lain dalam membawa satu-satu watak itu. "Mereka tidak lagi membanding-bandingkan antara saya dengan Emma seperti duulu mungkin juga kerana lakonan saya kini semakin matang," katanya kepada mStar Online. Chacha turut menjelaskan bahawa mereka adik-beradik saling memberi sokongan dan sering berbincang bersama dalam memperbaiki mutu lakonan masing-masing. "Lagipun saya dengan Emma selalu membantu satu sama lain. Contohnya, kadang-kadang saya akan dapat watak yang memang 'makanan' Emma, saya akan call untuk minta nasihat. "Sejujurnya, kami selau Facetime dan dia akan tanya sekiranya saya dalam keadaan baik, bagaimana dengan lokasi penggambaran saya," ujarnya. baguslah saling menyokong, adik-beradik kan? - CARI
|
PrincesCity replied at 26-10-2019 09:37 AM
iolls dah bagitau jiran iolls berita ni.katanya akan siasat
PrincesCity replied at 26-10-2019 09:37 AM
iolls dah bagitau jiran iolls berita ni.katanya akan siasat
kiyudi replied at 26-10-2019 11:46 AM
haha ngek je pasal jiran ni...
gelak2 aku baca kt fb
fliphair8 replied at 26-10-2019 12:29 PM
Hakak sakit perut dek gelak.....ilang akak punya nervous pasal keje pagi ni...makasihlaaaaa
ADVERTISEMENT