Anda perasan tak beberapa minggu lepas, gambar pemenang Miss International Malaysia telah pun tular di serata media sosial. Kebanyakan netizen terpana melihat gadis berbangsa Cina yang tinggi lampai itu selain mempunyai rupa paras yang menawan.
Dilahirkan di Kedah, Charmaine Chew berjaya menyandang gelaran Miss International Malaysia dan bakal bertanding di Miss International 2019 yang bakal diadakan di Tokyo tidak lama lagi. Walaupun dalam usaha untuk mengharumkan nama Malaysia, namun ada pula yang busuk hati dengan gadis berusia 22 tahun ini. Ada pihak tidak bertanggungjawab telah menggunakan gambarnya sebagai iklan kepada pembedahan plastik. Menurut Charmaine, ada yang menuduhnya melakukan pembedahan plastik kerana wajahnya yang kurang menyerupai rupa seorang gadis Cina. Menerusi IG live, gadis berkenaan telah menafikan tuduhan tidak berasas itu dan menyelar sesetengah netizen yang 'membawa mulut' yang boleh dianggap sebagai siber buli. "Saya tak kisah kalau orang nak cakap negatif pasal saya. Tapi bila dah sampai tahap sunting gambar seolah-olah itu adalah gambar saya. Itu adalah satu tuduhan yang besar, lebih-lebih lagi menuduh saya melakukan pembedahan plastik sedangkan saya tidak pernah melakukannya sama sekali," jelasnya. Pun begitu, dia tetap meminta rakyat Malaysia supaya mendoakan kejayaannya ketika bertanding di Miss International 2019 nanti. Dimaklumkan, Charmaine sudah pun sampai di Tokyo bagi menyiapkan diri untuk pertandingan berprestij itu. Main tuduh je acik bawang ni pun. - CARI
|
aijinmisaki replied at 27-10-2019 11:01 PM
Not chinese enough?? Muka chinkies bukit kepong habis heshe ni. Ew sangat nak claim muka a lot of mi ...
ADVERTISEMENT