Rasanya, semua tahu tentang pelakon Rita Rudaini yang mahu menyaman seorang pemilik akaun Instagram yang menghina taraf anaknya. Akhirnya, semalam individu tersebut bersetuju untuk bersemuka dengan pihak Rita bagi menyelesaikan masalah itu.
Menurut peguam Rita, lelaki terbabit telah pun berhubung dengannya dan mahu menyelesaikan perkara itu dengan cara baik. "Selepas laporan polis dibuat, individu itu ada menghubungi saya dan menjelaskan mengenai komen yang ditulisnya di Instagram milik Rita. Memandangkan kita sudah buat laporan polis, jadi dia perlu bertemu dengan pihak polis untuk memberikan kenyataan. "Berbaki lebih kurang tujuh hari lelaki itu perlu tampil bersemuka dan membuat permohonan maaf dengan Rita. Tarikh pertemuan itu masih dalam perbincangan dan akan ditetapkan pihak polis.
"Lelaki terbabit memberikan kerjasama yang baik dan pertemuan itu mungkin akan berlaku dalam masa terdekat," katanya kepada mStar. Rita memberikan tempoh 14 hari untuk individu itu tampil bersemuka dan memohon maaf atau berdepan tindakan mahkamah. Semoga semuanya dipermudahkan dan Rita mendapat keadilan. - CARI |
caramello replied at 27-10-2019 02:03 AM
Mati2 iols igtkan jantan yg gmbr sebelah pegang spek hitam tu adalah netizen tu..sambil terpikir sil ...
RatuDunia94 replied at 27-10-2019 09:58 AM
Sebenarnya netizen tu berhak je pertahankan diri n pasang lawyer. Tp well mungkin ketizen tu sengkek ...
caramello replied at 27-10-2019 10:03 AM
Mati2 iols igtkan jantan yg gmbr sebelah pegang spek hitam tu adalah netizen tu..sambil terpikir sil ...
caramello: Mati2 iols igtkan jantan yg gmbr sebelah pegang spek hitam tu adalah netizen tu..sambil terpikir silap2 drp kena saman, rita tangkap wat laki trus nti ...
ADVERTISEMENT