Salah satu alasan bagi mereka yang kerap gagal dalam diet menurunkan berat badan ialah kononnya mempunyai tulang yang berat. Malahan ada juga yang mentafsirkan kegemukan dengan pelbagai jenis gelaran seperti gemuk air, gemuk angina dan sebagainya.
Bagaimanapun seorang pakar pemakanan, Fizah Sobri tampil memperbetulkan tanggapan atau mitos yang popular di kalangan orang ramai ini dalam satu posting di facebooknya. 'Tidak ada istilah berat tulang, makin tua tulang makin ringan adalah, tidak ada istilah berat otot, kalau banyak otot takkan perut 1 pack? Tidak ada istilah berat dosa, dosa tak boleh ditimbang' kata beliau lagi. Beliau turut mengulas mengenai jenis-jenis gemuk yang menjadi viral baru-baru ini; gemuk air, gemuk udara dan gemuk toksin. Mengenai gemuk air, beliau berkata ianya hanya akan dialami oleh pesakit sebab organ tersebut tak mampu nak membuang air berlebihan dan antara simptomnya ialah bengkak pada kaki dan tangan dan meniggalkan bekas jika ditekan. Badan sihat tidak akan serap air dengan banyak, tetapi akan jadi air kencing jelasnya. Mengenai gemuk udara, yang ada hanyalah angina dalam bentuk kentut dan sendawa kerana makanan, tidak akan masuk ke dalam badan katanya lagi. Mengenai gemuk toksin, badan mempunyai sistem perkumuhan sendiri untuk membersihkan seluruh anggota, jadi tidak perlu detoxification atau supplemen membersihkan kerak usus terangnya. 'Bagaimanapun, yang ada adalah gemuk lemak, yang dikawal melalui pemakanan dan senaman' katanya. Oleh itu, beliau berkata orang ramai tidak perlu menyebarkan maklumat salah mengenai kegemukan apa lagi jika ianya digunakan untuk menjual ubat-ubatan dan supplemen menguruskan badan yang mungkin berbahaya kepada kesihatan.- CARI |
mieymiey replied at 30-10-2019 11:31 AM
Kawan iols lettewwwww, asyik la kata sheols dan keturunan sheols sejenis tulang rangka besar. Tu yan ...
mieymiey replied at 30-10-2019 11:31 AM
Kawan iols lettewwwww, asyik la kata sheols dan keturunan sheols sejenis tulang rangka besar. Tu yan ...
mieymiey replied at 30-10-2019 11:31 AM
Kawan iols lettewwwww, asyik la kata sheols dan keturunan sheols sejenis tulang rangka besar. Tu yan ...
umbut replied at 30-10-2019 11:36 AM
Takdanya rangka besar.. gemuk sebab lemak, air...
lalalxlx replied at 30-10-2019 02:46 PM
Kawan uolls tu nak sedapkan hati sendiri..kalau bagitau jujur kang body shaming plak tak pasal ...
mieymiey replied at 30-10-2019 11:31 AM
Kawan iols lettewwwww, asyik la kata sheols dan keturunan sheols sejenis tulang rangka besar. Tu yan ...
salmon-suki replied at 30-10-2019 07:41 PM
Mmg xde ye istilah rangka besar?sbb aiolzs tgk kwn aiolzs,kurus jah tp tegap drpd aiolzs..bila pak ...
Fly_over replied at 30-10-2019 11:00 PM
ank2 iols ketara jgk rangka lain2. yg 1st tulang rusuk nmpk leper, kecik. yg no 2 tulang rusuk ...
salmon-suki replied at 30-10-2019 11:03 PM
Tulaa y aiolzs kompius..kalau xde istilah "rangka besar" tp kenapa ada beza jgk?psl lemak tu kita ...
Fly_over replied at 30-10-2019 11:41 PM
bg iols lah mmg ada rangka bsr. sbb nmpk kt ank2 and suami tu. tinggi org pn lain2 (bkaitan tulang ...
ADVERTISEMENT