Foto Instagram Ingin berkhidmat untuk masyarakat terutama golongan ibu yang berada di hospital, Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan telah menghadiahkan dua buah peti sejuk beku untuk kegunaan para ibu di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Sungai Buloh bagi menyimpan susu badan mereka. Mungkin kerana Abby menyedari keperluan peti ais ini sebab itu dia mahu membantu pihak hospital dan ibu-ibu yang baru lepas bersalin. "Minggu ni tak sempat nak belanja makan pada kakitangan dan doktor-doktor yang rajin melayan kami serta menjaga baik anak kami NICU. Jadi, kami (suami dan anak-anak) belanja dua peti sejuk untuk NICU.
"Hidup jangan berkira dengan Allah dan hidup biar bermanfaat untuk orang lain. Semoga Allah reda, amin," tulisnya di Instagram. Tindakan murninya itu mendapat reaksi baik daripada netizen terutamanya pengikut Abby sendiri di IG. Rata-rata mendoakan Abby dan anak selamat pulang ke rumah. - CARI |
helicornia: kemain acik misi tu gambar peluk abby. sebab artis kan.kalau rakyat marhaen heran pun tak walau derma icebox sepemeluk besarnya
helicornia replied at 29-10-2019 11:17 AM
kemain acik misi tu gambar peluk abby. sebab artis kan.kalau rakyat marhaen heran pun tak walau derm ...
addved replied at 29-10-2019 12:44 PM
Alhamdulillah, memang bagus bersedekah, lagi elok kalau buat secara senyap kan?
helicornia replied at 29-10-2019 11:17 AM
kemain acik misi tu gambar peluk abby. sebab artis kan.kalau rakyat marhaen heran pun tak walau derm ...
ADVERTISEMENT