Seorang jurujual wanita yang dituduh memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja yang menunggang basikal lajak pada awal 2017 dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 28 Oktober. Memetik laporan MyMetro, keputusan itu dibuat oleh Majistret Siti Hajar Ali terhadap Sam Ke Ting, 24, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan tersebut. Pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie dalam kes yang berlaku di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru pada 18 Februari 2017 itu. Ketika membentangkan penghakimannya, Siti Hajar menyatakan bahawa mengambil kira faktor pemandu yang menggunakan jalan, keadaan jalan yang berselekoh serta situasi pada waktu malam yang menyebabkan pemandu tidak menyedari kewujudan basikal lajak.
"Bersandarkan beberapa perkara termasuk situasi jalan berbukit yang gelap dan berselekoh di mana pemandu tidak boleh menjangkakan terdapat kumpulan berbasikal yang ramai di jalan itu pada 3 pagi. "Selain keadaan bahaya itu dicipta oleh kumpulan basikal lajak itu sendiri," katanya. Beliau menambah, kemalangan bukan disebabkan oleh cara pemanduan dan tertuduh tidak memotong kenderaan lain, tidak melawan arus serta tidak berlumba. "Isu tertuduh menggunakan lorong kiri atau kanan tidak menjadi masalah dan dia berhak melalui lorong terbabit, selain tidak mencipta situasi bahaya," katanya. Siti Hajar turut menyatakan bahawa aktiviti basikal lajak merupakan gejala sosial yang melibatkan kanak-kanak di bawah umur malah operasi telah dijalankan dua hari sebelum kemalangan. Mereka yang maut dalam kejadian itu ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14, dan Haizad Kasrin, 16. Sebaik-baiknya semua pemandu sentiasa peka dengan keadaan di jalan raya manakala ibu bapa pula sentiasa mengawasi kegiatan anak-anak dan tidak membenarkan mereka berada di luar rumah sehingga lewat malam. - CARI |
Melorqe replied at 29-10-2019 02:13 PM
aku nak tau kenapa ada orang jual basikal lajak?
kalau dah tak ada faedah utk budak2 guna basikal l ...
lemak_masin replied at 29-10-2019 02:26 PM
Yg jual kedai cina.. yang beli orang melayu.. yang untung apek cina yang kojol anak melayu..
Y ...
Melorqe replied at 29-10-2019 02:13 PM
aku nak tau kenapa ada orang jual basikal lajak?
kalau dah tak ada faedah utk budak2 guna basikal l ...
ADVERTISEMENT